[VIDEO] Pakai Gelang ‘Pink’ Merayau di Kedai Makan, Instafamous Chazynash Buat Netizen Bengang

Instafamous Chazynash atau nama sebenarnya YM Syed Fernarsh Ibni Dato’ Seri Syed Badlishah Jamalullail sekali lagi membuatkan ramai pihak panik dengan muat naik videonya di Instagram.

Sorry semua

Menerusi Intagram, beliau berkongsi satu posting dengan kapsyen “sorry semua” sambil menyertakan sebuah video memperlihatkan dia bergelang pink ditangan sedang menikmati makanan di sebuah restoran.

 

View this post on Instagram

 

15/9/2020 – Sorry semua 🙏🏻

A post shared by Chazynash (@chazynash) on

Pakai gelang pink tak kuarantin ke?

Video tersebut memaparkan mengenai salah seorang pelanggan yang datang makan di restoran berkenaan dengan memakai gelang berwarna pink seperti mereka yang baru pulang dari luar negara.

Para pengunjung restoran mulai perasan dengan gelang yang dipakai walaupun Instafamous itu seakan mahu menyorokkan tangan dengan meletakkannya di bawah meja dan memakai baju berlengan panjang.

Situasi menjadi sedikit tegang

Seorang pelanggan restoran bangun dan mulai menghampiri dan memarahhi Chazynash. Keadaan tersebut telah diperhatikan ramai orang yang sedang makan sehingga mengakibatkan situasi mulai tegang.

Selepas menonton video yang tular itu, rupanya gelang pink dipakai oleh Chazynash adalah gelang yang ‘diikat’ oleh isterinya kerana melarang dia untuk keluar daripada rumah.

Ia sekadar gurauan bersama isteri

Namun begitu, rakaman tersebut sebenarnya hanyalah video lawak serta gurauan bersama isteri yang di buat di restoran Chazynash sendiri iaitu Hootan Cafe di Jitra.

Manakala kesemua yang terlibat dalam lakonan tersebut adalah pekerjanya.

Salah sangka tersebut mengundang rasa tawa netizen yang mana rata-rata mengakui tertipu dengan gelang pink yang dipakai kerana menyangka dia telah melanggar larangan kuarantin.

Instafamous itu seakan takut bini

Netizen turut terhibur apabila Chazynash seakan ‘takut bini’ apabila lintang-pukang berlari selepas isterinya datang mengamuk di restoran.

Pasangan ini sudah berkahwin telah dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan yang cukup comel kerap memuat naik kehidupan seharian mereka sekeluarga di media sosial.