Isu Sharnaaz & Nabila Berakhir! Pemohonan Nusyuz Dibatalkan & Hak Penjagaan Anak Pula..

Isu di antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, Noor Nabila akhirnya berkesudahan dengan baik apabila kedua-duanya bersetuju dengan tuntutan yang dimeterai dalam satu perjanjian.

Dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Mohamed Fouzi Mokhtar persetujuan itu dimeterai di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur, hari ini.

Batal kes nusyuz

Antara persetujuan tersebut termasuklah kes berkaitan pembatalan kes nusyuz, hadanah (hak penjagaan) dan nafkah edah.

Menurut Peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Nabila sebagai plaintif, persetujuan itu dibuat menerusi satu proses mediasi (bagi membincangkan penyelesaian saman) yang dilakukan secara awal tahun ini.

Nafkah edah dan anak

Menerusi prosiding di mahkamah itu, Zainul telah membaca tuntutan-tuntutan tersebut dan antaranya adalah nafkah edah perlu dibayar Sharnaaz sebanyak RM500 sehingga tiga kali suci (tiga bulan).

Malah, Sharnaaz juga bersetuju membayar nafkah anaknya, Jebat Jayden sebanyak RM1,200 sebulan selain pembatalan permohonan nusyuz difailkan oleh defendan.

Sharnaaz juga bersetuju penjagaan anak diberikan kepada Nabila mengikut syarak.

Lawatan anak

Sharnaaz juga diberi akses lawatan secara komprehensif terhadap anaknya selama empat tahun termasuk sebuah rumah yang terletak Taman Tun Dr. Ismail juga dipersetujui untuk dipindah milik kepada plaintif.

Peguam mewakili Sharnaaz, Ummi Kartini Abdul Latif pula mengesahkan bersetuju dengan terma-terma yang dikemukakan pihak plantif.

Lahir rasa syukur

Dalam pada itu, Sharnaaz dan Nabila ketika ditemui melahirkan rasa syukur mereka apabila kemelut rumah tangga dapat diselesaikan secara aman dan baik.

Nabila berkata , dia lega apabila kes dapat diselesaikan secara baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

“Saya lega sebab proses penceraian, hak anak, datang mahkamah ini dia ambil kita punya tenaga.

“Emosi pun agak terganggu juga setiap kali nak datang mahkamah, berat hati. Tapi Insya-Allah ini kali terakhirlah saya datang ke sini,” katanya.

Sharnaaz berterima kasih

Sementara itu , Sharnaaz turut berterima kasih kepada Nabila kerana dapat mencapai kata sepakat.

“Apa yang jadi hari ini saya sangat bersyukur. Paling penting keutamaan saya dan Nabila ada anak kami Jebat,” katanya.

Sebelum ini, Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Noor Nabila Mohd Noor di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, 19 September 2019.

Terdahulu, pasangan ini talh sah bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Sharnaaz dan Nabila telah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia 2 tahun.