[VIDEO] Nyanyi Lagu Sumpah Untuk Pesakit Kanser, Naim Daniel Buat Peminat Sebak

Penyanyi dan pelakon Naim Daniel telah menziarahi seorang pesakit kanser tulang tahap empat, Nur Aimy Adriana di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam.

Tindakannya itu telah mencetuskan rasa sebak dalam kalangan peminatnya dan juga netizen..

Momen-momen indah itu telah dikongsi oleh Naim menerusi satu muat naik di Instagram miliknya.

Di dalam video berkenaan, Naim dilihat cuba menggembirakan adik Nur Aimy dengan mendendangkan bait-bait lagu Sumpah.

Walau bagaimanapun, keadaan bertukar menjadi sebak dan hiba apabila nyanyian Naim itu turut menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalirkan air mata.

Menerusi satu laporan di Harian Metro, Naim menjelaskan lawatannya ke PPUM adalah untuk menunaikan impian adik Aimy.

Naim menyatakan rasa syukur kerana dapat menunaikan impian adik Aimy dengan menyanyikan lagu Sumpah secara langsung di depannya.

 

View this post on Instagram

 

❤️✨

A post shared by Nuraimy🤙🏻✨ (@nuraimyx_) on

“Alhamdulillah, saya dapat berjumpa dan tunaikan impian dia. Disebabkan dia tidak dapat menonton Anugerah Juara Lagu 34 lalu, saya pun menyanyikan lagu ini secara langsung depannya.”

Malah, Naim turut membawakan replika bulan semasa persembahannya di AJL.

“Saya juga membawakan replika bulan yang ada dalam persembahan malam itu. Saya terharu melihat kegembiraan yang ditunjukkan adik Aimy,”

Sehingga kini video berkenaan sudah mencecah tontonan lebih hampir 800,000 paparan dan mendapat lebih 4,000 komen.

Nur Aimy Adriana, 11 tahun. Pejuang kanser tulang. Tahap 4. Seorang peminat cilik saya yang meminati lagu Sumpah. Aimy tak sempat untuk menyaksikan AJL 34 yang lalu oleh kerana sedang menjalani rawatan.

Kita bawakan AJL 34 kepada Aimy sendiri. Abang sayang Aimy. Moga Allah peluk Aimy dan keluarga senantiasa. Doakan Aimy ya semua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

Naim Daniel sebelum ini telah menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-34 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi.