“Isteri Abam tak pernah minta sedekah! Ini atas inisiatif saya” Nurul Zahid Hamidi Mengaku Bantu Sebar No Akaun

PERKONGSIAN nombor akaun bank milik balu arwah Abam iaitu Nor Hidayah adalah atas inisiatif rakan artis untuk memudahkan orang ramai menghulurkan sumbangan. Tampil menjelaskan situasi sebenar, aktivis politik iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkata isteri Allahyarham Abam tidak mengetahui mengenai sumbangan itu. “Berani kerana benar! Balu Abam tak pernah minta sedekah. Ini adalah atas inisiatif [...]

Sebelum ini Ali Puteh ada memberitahu di sidang media berkenaan penyebaran nombor akaun bank balu Allahyarham Abam.

Tampil menjelaskan situasi sebenar, aktivis politik iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkata isteri Allahyarham Abam tidak mengetahui mengenai sumbangan itu.

Menurutnya, perkongsian nombor akaun bank milik balu arwah Abam iaitu Nor Hidayah adalah atas inisiatif rakan artis untuk memudahkan orang ramai menghulurkan sumbangan.

Tambahnya, balu Abam itu tak pernah meminta sedekah dan ianya adalah inisiatif dirinya sendiri.

“Berani kerana benar! Balu Abam tak pernah minta sedekah. Ini adalah atas inisiatif saya.”

Nurul Zahid memberitahu dia dan rakan-rakan nya mengongsikan nombor akaun tersebut untuk membantu si balu dan anaknya yang masih kecil.

“Saya minta rakan-rakan repost nombor akaun balu Abam termasuk pelakon Fizo Omar untuk membantu dia membesarkan si kecil (Hamzah).”

“Tak terfikir pun nak tuduh keluarga tak membantu… salah ke peminat nak bantu juga? Dosa ke?,” katanya menerusi laman Instagram.

Menerusi laman Instagram, Nurul turut menyertakan paparan skrin perbualannya dengan isteri kepada penyanyi Black iaitu Naquia Yasirah atau Cira di mesej peribadi Instagram.

Menerusi perbualan tersebut, Nurulhidayah atau lebih mesra disapa Kak Long meminta Cira mendapatkan nombor akaun bank balu arwah Abam.

 


 

 

Semasa sidang media yang lepas, Ali Puteh meluahkan rasa kurang senang apabila Hidayah dikatakan memberikan nombor akaun peribadi dan menerima sumbangan orang ramai.

Bantuan itu seolah-olah mereka sekeluarga tidak mengambil berat mengenai kebajikan balu arwah dan anak mereka Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia lapan bulan.

Sementara itu, Nurulhidayah berkata, dia ikhlas menghulurkan bantuan tersebut kerana pernah merasai keperitan kehilangan suami dan bergelar balu.

Dalam masa sama, dia turut berpesan kepada Hidayah supaya terus bangkit membina kehidupan tanpa mengharapkan sesiapa.

“Lillahitaala ini usaha saya sendiri. Saya tak kenal pun Dayah tapi saya simpati sebab saya pernah rasa jadi balu.

“Pesan dekat Dayah… Move on! Jangan harap sesiapa, buktikan Dayah boleh bangkit!

“Siapa nak tolong, tolong saja dengan besar hati. Kita tak tahu nasib kita dan anak-anak macam mana nanti,”

Terdahulu, kita telah dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Abam apabila beliau disahkan telah meninggal dunia awal pagi Isnin.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan lewat petang Isnin di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

 

View this post on Instagram

 

Dunia akhirat…kite baik ramai sayang

A post shared by @syedaliputeh 163K ACC HACKED (@aliputeh89) on

 

Semoga Allahyarham Abam tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.