[VIDEO] Kek Terbalik Zahirah Macwilson & Aiman Tarik Perhatian, Turun Dari ‘Langit’

Selepas berteka-teki selama ini, pasangan pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Redza akhirnya selamat bergelar suami isteri pada 20 Februari yang lalu. Majlis resepsi kemudian telah berlangsung di Glam Hall Damansara pada keesokan harinya. Namun, apa yang paling mencuri tumpuan adalah rekaan kek perkahwinan pasangan ini yang lain daripada yang lain persis di kayangan. Cantik [...]

Pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Redza akhirnya selamat mendirikan rumah tangga pada 20 Februari yang lepas.

Mereka kemudiannya mengadakan majlis resepsi yang berlangsung di Glam Hall Damansara pada keesokan harinya.

Walau bagaimanapun, paling mencuri tumpuan adalah rekaan kek perkahwinan pasangan ini yang lain daripada yang lain persis di kayangan.

Bentuk kek seperti chandelier dan terbalik telah menarik perhatian hadirin.

Kek 7 tingkat

Kek yang tergantung di tengah dewan ala-ala lampu Çhandelier dan mempunyai tujuh tingkat merupakan hasil rekaan lilylolacakes.

Idea pembuatan kek ini mengambil masa selama 3 tahun sebelum direalisasikan pada majlis resepsi pasangan merpati dua sejoli itu.

Difahamkan juga, kek yang tergantung indah seperti ‘chandelier’ di dewan pada malam resepsi itu langsung tidak disedari oleh Zahirah dan Aiman sehinggalah kek itu diturunkan dari atas untuk dipotong oleh pengantin.

Kek dari ‘langit’

Keunikan dan reka bentuk kek yang luar biasa itu sememangnya menarik perhatian tetamu yang hadir dan pengguna media sosial.

Rata-rata daripada pengguna media sosial kagum melihat kreativiti dan tidak kurang juga ada di antara mereka seakan-akan tidak percaya cara kek itu dipersembahkan dengan posisi yang terbalik.

Tidak ketinggalan, mereka turut berseloroh dengan memberi lucu sambil memuji keindahan kek tersebut.

Pada Rabu, Zahirah telah memuat naik beberapa keping gambar majlis berinainya di laman sosial Instagram.

Malah, gambar majlis tersebut turut disertakan dengan tanda pagar gabungan nama mereka, #ZahirAH serta tarikh 20 Februari (#20220).

Kisah percintaan mereka bermula sekitar Disember 2018 apabila Aiman dan Zahirah mula memuat naik foto mereka berdua di laman sosial masing-masing.

Pasangan itu kemudiannya mengikat cinta mereka menerusi ikatan pertunangan pada Jun tahun lalu di Australia, selepas mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.

Malah, mereka berdua turut digandingkan bersama dalam slot Megadrama saluran Astro Ria menerusi drama bersiri berjudul Curi-Curi Cinta.