Tahniah Naim Daniel! Ini Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) 2020

Selepas pengumuman 12 lagu yang terpilih untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu 34 pada November lalu, semua finalis telah menghabiskan masa yang ada membuat persiapan rapi, baik dari segi vokal mahupun persembahan, demi memastikan peluang beraksi di pentas berprestij AJL tidak disia-siakan.

Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) merupakan sebuah pertandingan tahunan muzik yang memberi pengiktirafan kepada karya muzik terbaik di Malaysia.

Sebanyak 12 lagu yang layak ke malam kemuncak AJL34 adalah hasil pemilihan daripada 30 buah lagu yang dipertandingkan pada tiga peringkat separuh akhir.

Tema Anugerah Juara Lagu 34

AJL 34 membawakan tema “Warna-Warna Suara” yang menggambarkan kepelbagaian suara dalam bidang nyanyian merangkumi julat mahupun nada, bersesuaian dengan variasi vokal finalis yang bertanding pada malam tersebut.

Sudut visual antara yang bakal memainkan peranan penting di mana konsep ‘warna-warni’ akan diterjemahkan ke dalam konsep persembahan, fesyen termasuk pentas.

Siapakah yang bakal merangkul gelaran Juara Lagu, Persembahan Terbaik serta Vokal Terbaik?

Diadili juri profesional negara

Kesemua lagu yang layak diadili barisan juri profesional yang dibarisi Faizal Uzir (Lok U), Datuk Syafinaz, Edrie Hashim, Aznul Haidi Azmi, Aubrey Suwito, Ajai dan Azmeer selaku ketua juri.

Video persembahan 12 lagu Anugerah Juara Lagu Ke-34

Ini rakaman video dan senarai penuh lagu, penyanyi, komposer dan penulis lirik yang telah bertanding pada malam AJL34.

1. Drama
Penyanyi: Drama Band
Komposer: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib
Penulis lirik: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib

2. Ku Bersuara
Penyanyi: Ernie Zakri
Komposer: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham
Penulis lirik: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham

3. Anta Permana
Penyanyi: Bob Yusof
Komposer: Hael Husaini, Ezra Kong
Penulis lirik: Hael Husaini, Ezra Kong

4. Sumpah
Penyanyi: Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul
Penulis lirik: Aina Abdul

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Muzik Muzik 34 (@muzikmuzik_official) on

5. Lembah Kesepian
Penyanyi: Haqiem Rusli
Komposer: Haqiem Rusli
Penulis lirik: Haqiem Rusli, Ibnu & Gouffran

6. Sumpah
Penyanyi: Naim Daniel
Komposer: Naim Daniel, Omar K
Penulis lirik: Naim Daniel

7. Peneman
Penyanyi: Hazama The Penglipurlara
Komposer: Tam
Penulis lirik: Tam

8. Dinda
Penyanyi: Kugiran Masdor
Komposer: Ali Sariah
Penulis lirik: Ali Sariah

9. Bangun
Penyanyi: Aman RA
Komposer: Navigator
Penulis lirik: Aman RA

10. Kisah Cinta Kita
Penyanyi: Hafiz Suip
Komposer: Ikhwan Fatanna, Ayden Ali
Penulis lirik: Datuk A. Aida

11. Ragaman
Penyanyi: Fairuz Misran
Komposer: Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo
Penulis lirik: Faizal Tahir, Jaare, Karim Karam, Mike Chan

12. Rampas
Penyanyi: Akim & The Majistret
Komposer: Hang Nadim, Laq
Penulis lirik: Bunga Cantik

Keputusan penuh pemenang Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34) 2020

Juara AJL34 – Sumpah (Naim Daniel)

Naib Juara AJL34 – Bangun (Aman Ra)

Tempat Ketiga AJL34 – Anta Permana (Siti Nurhaliza)

Vokal Terbaik AJL34 – Hafiz Suip (Kisah Cinta Kita)

Anugerah Pilihan Peminat – Haqiem Rusli (Lembah Kesepian)

Persembahan Terbaik AJL34 – Hafiz Suip (Kisah Cinta Kita)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.