[VIDEO] Minat Punya Pasal, Ibu Gadis Ini Sanggup Cabut Pokok Keladi Tepi Jalan

Sejak pelaksanaan PKP, aktiviti menghias ruang rumah dengan pelbagai tanaman pokok semakin menjadi kegilaan ramai.

Antara pokok yang sering menjadi pilihan ramai adalah pokok keladi.

Cantiknya pokok keladi pada pandangan mata kita pastinya bila melihat adanya pelbagai warna dan bentuk daunnya yang berbeza-beza.

Tidak terbatas pada satu warna, bahkan memiliki corak-corak tertentu yang memukau.

Pokok keladi kegilaan “mak-mak” ini sangatlah mudah untuk dijaga dan jika bernasib baik, baka pokok keladi yang menarik juga boleh didapati secara percuma kerana banyak tumbuh di sekitar kawasan hutan atau ladang kelapa sawit.

Sama juga seperti video yang tular baru-baru ini, seorang gadis yang dikenali sebagai Fateyn berkongsi gelagat ibunya yang sedang gigih mengutip pokok keladi di tepi jalan.

Apa yang lebih mencuri perhatian orang ramai, cuaca panas terik bukan penghalang peminat pokok keladi seperti mak gadis tersebut.

Usai mengambil pokok keladi, jelas terpancar senyuman kegembiraan pada wajah ibunya saat berlari semula ke kereta kerana dia berjaya membawa pulang sebaldi pokok keladi yang sangat cantik dan menarik.

Video tular di Tiktok

@faa_teynbila mabuk keladi sangat♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Kisah bersambung lagi

@faa_teynBalas kepada @user9049421637140 kisah bersambung lagi🤣♬ original sound wrs – rara

Berdasarkan video selanjutnya, Fateyn juga turut berkongsi koleksi keladi hiasan yang diusahakan oleh ibunya di rumah.

Memang cantik-cantik belaka! Terpancar reaksi teruja dan puas oleh ibunya setelah mempunyai pelbagai jenis pokok keladi.

@faa_teynBalas kepada @piepahh_ bagi mami merasa apa yang diaa nak,dalam semak tu patern sama je ade😂 insha allah Allah akan hadirkan rezeki lain nanti♬ Aisyah Istri Rasulullah – Syakir Daulay

Video tersebut mendapat perhatian warga netizen dan ada juga yang mengakui mereka mempunyai hobi yang sama seperti mana ibu Fateyn miliki.

Ada juga segelintir netizen yang  berkongsi tabiat yang sama ketika menaiki kereta.

“Comel je…sy pun bru berjnak2 dgn kladi..naik kreta pun meliar je mata kiri kanan jalan.”

“Sama lah mak aku.. Dia punya tangkap angau dengan keladi ya rabbi kalah orang muda bercinta.”