[VIDEO] Aliff Syukri Kantoi Dakwa Kolam Ikannya Dalam 12 Kaki? Dato Vida Dedahkan Sesuatu..

Minggu lalu kecoh apabila dua rakan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datuk Seri Vida yang saling berbalas video, memperjelas mengenai tip atau cara membela ikan dalam skala yang besar dalam sesebuah kolam. Kisahnya bermula apabila ratusan ikan dari spesis Kelah Emas peliharaan Aliff mati kerana dikatakan kekurangan oksigen. Lalu, penyanyi I Am Me itu [...]

Sebelum ini kecoh apabila dua jutawan produk kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datuk Seri Vida yang saling berbalas video.

Isunya hanyalah berkenaan kolam ikan dan mengenai tip atau cara membela ikan dalam skala yang besar dalam sesebuah kolam.

Perkara tersebut sebenarnya bermula apabila ratusan ikan dari spesis Kelah Emas peliharaan Aliff mati kerana dikatakan kekurangan oksigen.

Untuk membantu dan memberikan tips, Datuk Vida telah berkongsi video kepada Aliff tentang cara-cara memelihara ikan komersial dengan cara sebenar.

Walaubagaimanapun, video tersebut telah mencetuskan sindiran di antara mereka berdua di mana masing-masing mendakwa pandai jaga ikan.

Dan apa yang menarik perhatian Datuk Vida dan netizen adalah apabila Aliff mendakwa kolam ikannya sedalam 12 kaki.

Tidak berdiam diri, semalam Datuk Vida telah berkongsi sepotong video pendek suntingan dari netizen yang mengatakan Aliff telah kantoi tentang kedalaman kolam ikannya.

Menerusi video tersebut dapat dilihat kedalaman kolam tidak seperti yang dinyatakan di mana anak-anak ALif bermain di dalamnya.

Ianya kelihatan lebih cetek daripada apa yang digambarkan.

“Saya pun tak tahu, nak bagi kredit kat yang buat editing video nk atau nak gelak”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Perkongsian Vida menerima pelbagai respon dari peminatnya dan juga netizen yang rata-rata terhibur dengan video tersebut.

“Hahaha. Kantoi dia punya 12 kaki tuh. Jgn main mainnnn. Netizen kalau korek data mmg ketahuan lah.” – HangNazirul

Malah ada yang tag Aliff Syukri dalam video tersebut dan menunggu video balas darinya.