[VIDEO] “Mereka ke medan perang tanpa senjata” Staf Kesihatan Sanggup Guna Plastik Lindung Kepala Demi Tugas

Seperti yang kita sedia maklum, ketika ini barisan hadapan kakitangan kesihatan sedang gigih membendung Covid-19 dari terus merebak.

Barisan hadapan ini bukan sahaja kekurangan rehat kerana bertugas dalam tempoh waktu yang melebihi waktu asal bertugas.

Mereka juga turut kekurangan bekalan peralatan untuk merawat pesakit dan berdepan risiko dijangkiti wabak berkenaan.

Barisan hadapaan kekurangan bekalan penutup kepala

Disebabkan kekurangan peralatan lengkap, mereka mengambil inisiatif sendiri bagi memastikan keselamatan mereka juga terjamin ketika dalam tempoh berhadapan dengan pesakit-pesakit Covid-19 yang positif di hospital.

Satu perkongsian yang tular di Facebook, seorang pengguna bernama Sera Bagus telah memuat naik video  memaparkan kakitangan kesihatan yang sedang bersiap sebelum menjalankan tugas.

Mereka seperti ke medan perang tanpa senjata

Mereka menyerkup kepala dengan plastik sampah bagi melindungi kepala sendiri dari sebarang jangkitan wabak.

“Mereka seperti ke medan perang tanpa senjata”.

“Tabahnya kakitangan perubatan KKM disarungkan plastik sampah. Tiada ah, tiada yang membantah, hanya pasrah”.

Tidak apa lemas sekali dari lemas selama-lamanya

“Wahai rakyat Malaysia, pengorbanan mereka sebegini pun kamu masih bongok dan buta?”.

Dialog dalam video

“Tak ape lemas sekali, daripada lemas selama-lamanya.”

“Aku pos pasal *kekurangan PPE di KKM sebab masih ramai yang salahkan KKM dan kerajaan (dan tak salahkan diri sendiri yang masih berkeliaran luar kawasan) padahal satu dunia bekalan PPE kehabisan sebab wabak Covid tak mengira negara dan sempadan”.

Kekurangan PPE untuk barisan hadapan 

“Kekurangan PPE juga berlaku di hospital-hospital swasta”. 

 

Rata-rata netizen sebak dengan pengorbanan mereka

Menerusi video tersebut, jelas menunjukkan mereka menggunting ruangan plastik sampah untuk disarungkan di kepala masing-masing sebelum memulakan tugas.

Rata-rata netizen tersentuh hati melihat video itu dan video tersebut telah mendapat ribuan maklum balas daripada warganet.

Sementara itu, netizen berasa kagum dengan kegigihan mereka yang tidak mengeluh walaupun terpaksa berpanas demi menyelamatkan lagi ribuan nyawa.