[VIDEO] “Jangan sampai saya datang!!” Lelaki Ini Masih Tidak Endah Arahan Polis

Seperti yang diketahui umum, wabak Covid-19 sedang menyerang dunia. Hampir setiap negara sedang berusaha menangani wabak ini dari terus menular.

Hari ini merupakan hari kelima rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan yang mana orang ramai di sarankan untuk duduk dirumah masing-masing.

Kawalan ini dilakukan untuk memutuskan rangkaian wabak Covid-19 yang semakin meningkat setiap hari.

Masih ramai yang degil dan tidak patuhi arahan

Namun begitu, apa yang lebih menyedihkan adalah terdapat segelintir dari rakyat Malaysia yang masih berdegil dan tidak mengikut arahan yang telah dikeluarkan.

Masih ramai yang keluar beriadah, ada yang masih bersiar-siar dan ada yang masih melepak di luar rumah.

Beberapa video telah tular memaparkan pihak polis terpaksa membuat rondaan dan menghalau mereka untuk pulang ke rumah.

Pihak polis sudah penat membebel

Terbaru, satu lagi video tular apabila pihak polis terpaksa menghalau seorang lelaki yang sedang bercakap melalui telefon di luar sambil menghisap rokok.

Menerusi video berkenaan, lelaki berbaju putih itu tidak berganjak walaupun dibebel oleh pihak polis untuk pulang ke rumah.

Saya arahkan kamu balik sekarang sebelum saya tangkap

 “Hello kawan, you mao telefon duduk rumah la telefon. Duduk rumah tak boleh telefon ke?Hisap rokok ke apa ke arahan telah keluar duduk dekat rumah masing-masing”.

Saya sudah tidak tahu bagaimana mahu bercakap dengan awak

“Saya arahkan you balik sekarang, saya arahkan you balik sekarang sebelum saya datang. Saya tak tahu bagaimana nak cakap sama you orang nie”.

Pihak polis antara barisan hadapan yang berhempas pulas dalam menjaga dan memastikan Perintah Kawalan Pergerakan ini berjalan dengan lancar.

Mereka berkorban masa dan tenaga untuk kita

Mereka antara yang sanggup bekerja lebih masa dan berkorban masa dengan keluarga demi kesejahteraan rakyat.

Kepada rakyat Malaysia, berilah kerjasama yang baik kepada semua badan yang terlibat dalam menjayakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Semoga Malaysia kembali seperti sediakala dan barisan hadapan yang bekerja keras ini dapat pulang ke rumah untuk bersama keluarga mereka.