[VIDEO] Maut Diseret Lori, Pelajar Tahfiz Sudah Siapkan Kafan Dalam Beg Bersamanya

Ajal, jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Kita mampu merancang namun ternyata Dia yang menentukan.

Ajal itu tidak mengenal usia. Ramai orang berpendapat mati diusia tua namun ramai juga yang pergi menghadap Ilahi seawal belasan tahun.

Tidak terlepas juga seorang yang sangat disayangi dikalangan keluarga dan rakan-rakannya. Seorang huffaz Al-Quran 30 juzuk pergi buat selamanya.

Sedang kita bergembira menyambut Hari Raya Qurban baru-baru ini, satu khabar duka mengenai hafiz Al-Quran ini terlibat dengan satu kecelakaan jalan raya.

Kejadian itu berlaku selepas mangsa yang bernama Wahyuda Ihsan yang baru sahaja selesai berbuka puasa sunat Hari Arafah di pusat pembelajaran Wahdah Islamiyah di Sulawesi, Indonesia mahu kembali ke kediamannya.

Arwah dikatakan terseret lebih dari 5 meter namun keadaan arwah amat mengejutkan semua apabila tiada kecederraan luaran selain pipinya yang mengalami sedikit luka.

Dikatakan, Allah memelihara jasadnya apabila seorang Huffaz Al-Quran kerana tubuhnya hampir sempurna dari kecedeeraan.

Menurut saksi ditempat kejadian, saat mereka membuka helmetnya, arwah dalam keadaan tersenyum namun sudah tidak sedarkan diri pada ketika itu menurut perkongsian dari Kolaka Terkini

Perkara yang lebih dikagumi ramai apabila orang ramai membuka beg pemuda itu dan mendapati terdapat kain kafan di dalam beg berkenaan.

Arwah seolah-olah mengetahui bahawa dia akan pergi ketika itu kerana telah bersiap sedia dengan kelengkapan yang dibawa bersamanya.

Satu video ketika hidupnya arwah mengaji  telah tular di laman sosial Facebook yang dikongsikan oleh Nur Wahyuni.

Ketika hidupnya, arwah menyiapkan dirinya sehabis baik dirinya dan menjadi seorang Huffaz Al-Quran. Semoga perkongsian ini mendatangkan kebaikan dan inspirasi kepada semua.