“Terlanggar sesuatu, stereng tiba2 lock” Maut 5 Orang Thailand, Mohon Derma Rakyat Malaysia

Satu kemaalangan yang melibatkan pemandu dari Malaysia telah mengakibatkan kematian 5 orang mangsa di sebuah jalan Satun-Hatyai di Thailand.

Kelima-lima mangsa dikhabarkan pemotong rumput yang sedang berehat di tepi jalan.

Menurut adik kepada pemandu tersebut, Akma Azalan bersama kakaknya dan seorang lagi saudaranya dalam perjalanan ke Selatan Thailand sempena cuti raya haji.

Kini kakaknya sedang ditahan di sebuah lokap di Songkhla.

“Saya adik kepada Melinda Susilanini , seorang warganegara Malaysia yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur tapi sekarang ditahan di lokap di Songhla. Beberapa hari yang lepas sempena cuti panjang aidil adha saya, along dan seorang lagi saudara perempuan ambil cuti untuk balik ke kampung di Kelantan dan seterusnya ke selatan Thailand. Kami juga ada saudara disana (selatan Thailand).”

Menurutnya kejadian tersebut berlaku pada jam 3 petang di mana kereta yang dinaiki mereka terlanggar sesuatu di tengah jalan.

Akma turut memberitahu kereta yang dipandu kakaknya itu dalam kelajuan biasa.

Kakaknya hilang kawalan dan mendakwa stereng  tiba-tiba ‘terkunci’ dan terus terbabas merempuh pekerja di tepi jalan.

“Pada 13.08.2019 jam lebih kurang 3.00 petang ketika dalam perjalanan balik, kami terlibat dengan kemalangaan. Mengikut laporan daripada pihak polis Thailand (saya ringkaskan cerita) Semasa dalam perjalanan, kelajuan biasa (sebab kenderaan banyak ketika itu) kakak terlanggar sesuatu ditengah jalan dan menyebabkan kereta kami hilang kawalan. Kakak bgtau stering kereta tiba-tiba lock dan tak dpt dikawal dan lepas itu kereta kami merempuh pekerja mesin rumput yang sedang berehat di tepi jalan.”

Kakaknya kini ditahan di lokap dan memerlukan RM60 ribu untuk bayaran ikat jamin.

“Pihak polis dah jalankan siasatan dan kemalangaan ini juga dah dilaporkan di media rasmi Thailand. Sekarang ini kakak saya ditahan dan berada dalam lokap sementara tunggu ikat jamin dan diminta untuk bayar jaminan sebanyak 400,000 baht (RM60,000 ) . Kami cuba dapatkan bantuan konsulat Malaysia dan bantuan dari TAC (Tourist Assistance Centre) untuk cuba kurangkan kos tuntutan jaminan.”

Kakaknya kini trauma dengan kejadian tersebut dan tidak dibenarkan balik ke Malaysia kerana passport dipegang oleh pihak polis Thailand.

“Buat masa ini along masih bersama dengan kami dan masih trauma dengan kejadian. Along tak boleh balik ke Malaysia sebab pihak polis Thailand pegang passport dan ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan termasuk urusan dengan keluarga mangsa yang meninggal dunia. Kami tak sangka kejadian ini boleh berlaku dan tak pernah sekali-kali ingin ia berlaku. Tambah pula sampai melibatkan kehilangan nyawa. Malangnya ia dah pun berlaku, sekarang kami perlu selesaikan dengan sebaiknya.”

Akma memohon sumbangan dari rakyat Malaysia untuk menyelesaikan kes ini secepat mungkin.

“Dalam keadaan ini, kalau boleh kami nak selesaikan kes ini secepat mungkin. Oleh itu saya dengan rendah diri memohon bantuan sumbangan dari rakan2 yang mengenali, saudara mara dan setiap hamba Allah yang ingin membantu. Semoga Allah mudahkan urusan semua yang memudahkan urusan along.

Untuk sumbangan boleh terus bank in ke akaun umi saya.

Contact person:
013-2667788 (Puan Rosnani)
011-36023298 (Cik Aniza)
MAYBANK
164164865699
NIK ROSNANI BINTI NIK LI

Jutaan ribuan terima kasih saya dan keluarga ucapkan kepada anda semua yang sudi bantu kami. Moga Allah dapat membalas segala kebaikan kalian .

P/s kawan2 tlg share ye. Mohon bantuan semua rakyat Malaysia share.”