Tiada Lesen Sah, Pemandu Myvi Dilarang Keluar Thailand Dan Perlu Jelaskan Bayaran

Wanita pemandu kereta Myvi dari Malaysia yang terlibat dalam insiden di Songkhla, Selatan Thailand dan mengakibatkan lima pemotong rumput terkorrban didapati tidak memiliki lesen memandu yang sah.

Melinda Susilanini Mohd Azalan yang berusia 30 tahun itu didakwa memandu dengan cuai menyebabkan kematian dan kerosakan harta awam.

Jika disabitkan kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan denda tidak lebih 20,000 baht (RM2,721).

Sebelum ini, Melinda dikenakan ikat jamin sebanyak 500,000 baht (RM68,000) oleh polis Thai.

Walaubagaimanapun, mereka bersetuju untuk  mengurangkan ikat jamin kepada 200,000 baht (RM27,000).

Namun, Melinda tetap dilarang meninggalkan negara Thailand sehingga kesnya selesai.

Tambahan lagi, dia perlu membayar wang sagu hati tunai 50,000 baht (RM6,764) masing-masing kepada setiap keluarga mangsa berjumlah 250,000 baht (RM33,823).

Melinda juga dikenakan denda 200 baht (RM28) kerana memandu tanpa lesen sah ketika kejadian berlaku.

Semalam, adik Melinda mengeluarkan kenyataan menerusi Facebook miliknya di mana kejadian itu berlaku disebabkan kereta yang dinaiki mereka terlanggar sesuatu.

Dia juga mendakwa stereng kereta tiba-tiba terkunci dan menyebabkan mereka terbabas hingga ke tepi jalan.

“Pada 13.08.2019 jam lebih kurang 3.00 petang ketika dalam perjalanan balik, kami terlibat dengan kemalangaan. Mengikut laporan daripada pihak polis Thailand (saya ringkaskan cerita) Semasa dalam perjalanan, kelajuan biasa (sebab kenderaan banyak ketika itu) kakak terlanggar sesuatu ditengah jalan dan menyebabkan kereta kami hilang kawalan. Kakak bgtau stering kereta tiba-tiba lock dan tak dpt dikawal dan lepas itu kereta kami merempuh pekerja mesin rumput yang sedang berehat di tepi jalan.”

Semoga kes seperti ini dijadikan pengajaran buat semua yang pergi ke negara jiran agar lebih berhati-hati.