[VIDEO] “MasyaAllah, sama macam azan TV” Netizen Terpesona Dengar Laungan Azan Pemuda Ini

Baru-baru ini viral di media sosial mengenai satu video yang memaparkan seorang pelakon dan penyanyi dari Malaysia sedang melaungkan azan di sebuah masjid di Mesir. Kemerduan dan kelunakan suara ketika melaungkan azan di masjid berkenaan telah membuatkan ramai yang terpegun dan ‘jatuh hati’ kepada penyanyi ini. Laung azan depan bilal masjid di Mesir Menerusi video [...]

Baru-baru ini telah tular di laman sosial mengenai satu video seorang lelaki dari Malaysia melaungkan azan di salah sebuah Masjid di Mesir.

Kelunakan dan kemerduan suara lelaki tersebut telah membuat ramai yang mendengar video itu berasa kagum dan terpegun dengan aluanan azan yang dilaungkan oleh beliau.

 

View this post on Instagram

 

Dalam awan ada hujan, dalam debu ada pasir, dalam hati aku ada DIA.

A post shared by ‎بِسْمِ الله (@sharulkamal_) on

 Lelaki tersebut merupakan seorang penyanyi dan pelakon dari Malaysia yang bernama Sharul Kamal.

Pelakon dan penyanyi Malaysia ini laungkan azan di Masjid di Mesir

Video berdurasi 2.28 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Instagram pelakon itu dan telah mendapat perhatian ramai.

Menerusi video itu, Sharul Kamal sedang berdiri dan melaungkan azan di hadapan bilal Masjid Sultan Muayyad.

“Ini full video aku azan. INi first time aku azan full style bilal dekat mekkah”.

“Alhamdulillah dapat habiskan atas permintaan bilal Masjid Sultan Muayyad”, ujar Sharul Kamal.

Sharul Kamal berada di Mesir atas urusan kerja

Turut difahamkan, pelakon dan penyanyi kacak ini berada di Mesir sejak seminggu yang lalu kerana menjalani satu penggambaran musim terbaru sebuah program travelogue.

Sementara itu, pelakon itu turut mengakui beliau berasa amat gementar ketika bilal masjid tersebut memintanya untuk melaungkan azan lebih-lebih lagi apabila beliau perlu melakukannya di hadapan bilal dan diperhatikan ramai orang.

Ramai netizen dan rakan artis memuji kemerduan suara beliau

Mengulas lanjut mengenai kisah itu, penyanyi ini turut memberitahu masjid tersebut merupakan salah satu masjid yang menjadi tempat tumpuan bilal pada zaman dahulu melaungkan azan.

Rata-rata netizen dan rakan artis turut memuji kemerduan suara penyanyi ini ketika melaungkan azan.

Namun begitu, tidak kurang juga ada di antara mereka yang turut sebak dan syahdu sehingga mengalirkan airmata sebaik sahaja selepas mendengar laungan azan ini.

Perkongsian video  di Instagram Sharul