Telatah anak yang comel dan melucukan boleh menghilangkan rasa penat setelah seharian bekerja.
Apabila melihat senyuman anak di rumah, semua kekusutan dan kesibukan kerja boleh dilupakan.
Namun satu kisah kelakar yang dikongsikan oleh lelaki ini menjadi perhatian netizen apabila ‘diusik’ oleh anaknya ketika dia leka bekerja.
Menerusi laman Facebook, Mohd Safuddin berkongsi cerita dan video ketika kejadian berlaku.
Tengah siapkan kerja wiring
Ceritanya macam ni, orang rumah saya bersalin anak ke 2 dan masih di wad. Saya pula kena siapkan wiring rumah sebab tak lama lagi nak berpindah.
Anak bujang sorang tu umur nak masuk 2 tahun terpaksa saya jaga. Masa tengah wiring tu anak elok saja tidur.
Tolak tangga ke belakang
Saya pula teruskan kerja dan tak terfikir yang dia boleh tolak tangga tu ke belakang sebab dia nak panjat main air di singki.
Handfone kebetulan dekat tangan sebab kebiasaannya anak tengok kartun tapi dia tidur, saya pula nak buat lampu suluh.
Sudahnya bila nak turun tu tengok tangga dah hilang. Nak terjun tak boleh sebab lubang siling kecil. Nak bergayut terjun tu mustahil.
Naik bumbung lompat ke parking
Bila tengok anak hulur susu dah terfikir yang anak nak susu dan suruh buka penutupnya. Jalan penyelesaian saya lalu bumbung dan lompat di parking kereta.
Bersabar la dengan kerenah anak. Pernah lepak luar rumah anak kunci pintu. Suruh ambil anak gelak-gelak.
Last pakai batang penyapu jatuh kan kunci dari dinding. Baru anak faham ambil kunci.
Fikir ko punya susu je
Rata-rata netizen terhibur dengan keletah kanak-kanak tersebut dan meninggalkan komen di posting berkenaaan.
Malah ramai yang memuji Safuddin bapa yang hebat dalam menjaga anak di saat ibunya tiada.