[VIDEO] Lelaki Ini Kongsi Perjalanan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Wuhan

Wabak koronavirus semakin menular dan membimbangkan orang ramai sehinggakan bintang filem seni mempertahankan diri, Jackie Chan turut sanggup menawarkan 1 juta Yuan (RM587,709) kepada sesiapa yang mampu menghasilkann penawar wabak ini. Di sebalik hebahan media tentang beberapa individu yang telah berjangkit wabak ini, muncul hero yang dipertanggungjawabkan untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di [...]

Berikutan dengan penularan wabak koronavirus di negara China, pihak kerajaan telah membuat keputusan untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di sana.

Pesawat khas itu berlepas ke Wuhan dari klia2 pada jam 4.38 petang hari Isnin lepas.

Selain bertujuan membawa pulang warga Malaysia, pesawat itu turut membawa 500,000 sarung tangan getah sebagai sumbangan kepada kerajaan China dalam operasi menangani penularan coronavirus (2019-nCoV).

Menerusi satu perkongsian di Twitter Nazirar, dia berkongsi satu video dari abangnya yang merupakan salah seorang kru kapal terbang yang diberi tanggungjawab untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan.

“My brother made a vid on the flight to Wuhan that brought back our fellow Malaysians.” – Nazirar

Di dalam rakaman video tersebut, dia berkongsi situasi bagaimana mereka sedang mempersiapkan diri sebelum berlepas ke Wuhan untuk membawa pulang rakyat Malaysia.

Pesawat khas itu juga dilengkapi beberapa alat perlindungan virus dan semua anak kapal diwajibkan untuk memakai baju khas sepanjang operasi itu.

Menerusi laporan Berita Harian, pesawat khas tersebut membawa 133 individu termasuk 107 rakyat Malaysia yang berdepan perintah berkurung di bandar raya wilayah Hubei.

Ia diberitakan telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), di Sepang, awal pagi Selasa.

Sebaik tiba, semua penumpang dan kru pesawat AK8264 berkenaan terus dibawa ke Unit Kecemasan Udara, KLIA untuk tapisan kesihatan.

Rata-rata netizen memuji dan berterima kasih kepada semua petugas yang bertungkus-lumus untuk membawa pulang dengan selamat semua rakyat Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

Uishh sedap pulak tengok Deqyah makan Cheezy Corndog😋

A post shared by YOY Network (@yoynetwork) on