[VIDEO] Lepas Habis SPM, Pelajar Ini Baru Tahu Ayah Sudah ‘Pergi’ Dijemput Ilahi

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah berat dugaan yang dihadapi seseorang terutama apabila kehilangan insan tersayang.

Bukan mudah menerima khabar kehilangan insan tambahan pula ibu bapa atau ahli keluarga.

Rindu yang tidak berpenghujung

Bukan tidak menerima takdir yang tertulis, namun kehilangan mereka ibarat rindu yang tidak berpenghujung.

Namun begitu, setiap pertemuan pastinya akan ada perpisahan. Doa anak, keluarga dan insan tercinta akan mengiringi pemergian mereka.

Berita kehilangan bapa selepas tamat peperiksaan SPM

Begitulah juga dengan satu video yang dikongsikan di laman Facebook telah tular memaparkan kesedihan seorang anak kehilangan bapa tercinta.

Menerusi perkongsian video di laman Facebook Penang Kini, seorang pelajar mendapat berita kematian ayahnya selepas tamat sahaja peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tabahlah wahai anak

Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh ibunya dan kelihatan juga rakan sekelas menemaninya sewaktu bertemu dengan ibu.

Video berdurasi 16 saat itu menarik perhatian ramai dan rata-rata sebak melihat perkongsian tersebut.

Tidak mahu anak hilang fokus jawab SPM

Difahamkan, ibu kepada pelajar tersebut mengambil keputusan untuk tidak memberitahu berita itu kepada anaknya yang berada di asrama kerana dia sedang menduduki peperiksaan SPM.

Ibu kepada pelajar ini berbuat demikian kerana tidak mahu anaknya hilang fokus untuk menjawab peperiksaan.

Netizen titipkan doa dan semangat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan keadaan pelajar ini.

Mereka turut menitipkan doa buat ayah tercinta yang telah pergi dan memberikan semangat ajar adik ini terus tabah.

Salam takziah kepada keluarga dengan pemergian bapa tercinta, semoga keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dengan dugaan ini.