Connect with us

Viral

[FOTO] Pasangan Instafamous Rentas Negeri Untuk Honeymoon Dipanggil Polis

Sebelum ini telah tular seorang Instafamous berkongsi gambar dipercayai sedang berbulan madu di laman Instastories hingga mencetuskan persoalan ramai.

Tindakan pasangan ini merentas negeri bagaimanapun telah mencetuskan pertikaian netizen memandangkan sekarang kita semua masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Instafamous dipanggil kerana rentas negeri bulan madu

Sehubungan dengan itu, pihak polis telah memanggil pasangan suami isteri tersebut untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berkaitan isu merentas negeri yang telah tular.

Menerusi laman Twitter seorang pengguna telah memuat naik satu posting berkongsi mengenai isu berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju iaitu Superintendan Ashari Abu Samah telah memanggil Instafamous tersebut untuk memberi keterangan berhubung isu didakwa merentas negeri untuk berbulan madu bersama suami di Johor Bahru.

Rentas negeri urusan perniagaan

Jelas Superintendan Ashari Abu Samah memaklumkan, suami kepada Instafamous berkenaan merupakan seorang ahli perniagaan.

Suaminya telah membuat permohonan untuk rentas negeri bagi urusan perniagaan di Balai Polis Wangsa Maju pada 15 Mac lalu.

Selain itu, difahamkan dia turut mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat.

Kelulusan rentas negeri 17 Mac hingga 20 Mac

Berdasarkan kenyataan media, suami kepada Instafamous itu mendapat kelulusan merentas negeri dari pihak polis bermula 17 hingga 20 Mac 2021.

Pada Jumaat lalu, mereka memuat naik gambar di media sosial kononnya pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan dan tular di media sosial.

Perbuatan tersebut turut mendapat kecaman oleh netizen termasuk ada yang mempersoalkan kebenaran rentas negeri diberikan polis kepada pasangan itu untuk tujuan berbulan madu.

Foto isteri yang muat naik bersifat peribadi

Pasangan itu mengesahkan menginap di sebuah resort di Johor sepanjang urusan perniagaan dan mengemukakan bukti serta resit tempat penginapan.

Malahan, mereka juga mengaku tindakan memuat naik gambar di Instagram milik isteri yang bersifat peribadi tetapi ditularkan pula di laman Twitter.

Ketua Polis nasihati jangan salahguna kebenaran yang dikeluarkan

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju menasihati orang ramai yang mendapat kelulusan rentas negeri supaya berhati-hati dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebenaran rentas negeri dikeluarkan oleh polis.

Semoga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran kepada kita semua untuk lebih peka dengan peraturan yang telah ditetapkan.

Berilah kerjasama yang baik kepada semua dan moga kita semua menjadi rakyat yang prihatin dan bertanggungjawab.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.