[VIDEO] Geng Riders Tunggu Lelaki Tendang Wanita Penghantar Makanan Di Luar Kedai

Seorang lelaki didakwa telah menendang seorang penghantar makanan wanita hingga terjatuh.

Kejadian tersebut berlaku di Bandar Puteri Puchong, di Serdang, hari ini. Tindakan lelaki tersebut turut mengundang protes kumpulan berkenaan.

Penghantar makanan wanita ditendang hingga terjatuh

Ekoran kejadian itu, sekumpulan penghantar makanan dilihat berkumpul di hadapan premis berkenaan melakukan protes terhadap perbuatan lelaki terbabit.

Seorang pengguna Facebook bernama Nagawa Sun telah memuat naik satu rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang berdurasi 57 saat.

Video berkenaan memaparkan penghantar makanan wanita terbabit ditendang beberapa kali lelaki itu hingga terjatuh.

Selain itu, turut tular di laman sosial adalah video lelaki yang didakwa menendang wanita berkenaan dipercayai dirakam penghantar makanan lain.

Lokasi kejadian berlaku di sebuah restoran, dapat kita perhatikan di hujung video itu, sekumpulan rider Foodpanda telah menunggu di luar.

Mangsa ditendang di bahagian pinggang

Memetik laporan harian metro, kejadian dipercayai berlaku apabila lelaki terbabit didapati tidak puas hati kerana wanita yang menunggang motosikal memotong ketika dia ingin membuat pusingan U.

“Akibat kejadian, lelaki terbabit menunjukkan isyarat luc*h sebelum bertindak menolak mangsa”.

“Mangsa turut ditendang sebanyak tiga kali di bahagian pinggang menyebabkan dia jatuh,” katanya”.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Puchong

Susulan kejadian itu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Puchong untuk tindakan lanjut.

“Kedua-dua individu berkenaan sudah dirakam keterangan dan pengadu bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan secara baik serta menarik balik laporan polis yang dibuat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan dalam kenyataannya mengesahkan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK).

Diminta semua pihak bertenang

Katanya, kedua-dua pihak sudah dipanggil dan dirakamkan percakapan.

“Siasatan mendapati dalam kejadian itu terdapat perselisihan faham antara kedua-dua individu terbabit. Namun, tiada kecederaan dialami kedua pihak”.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan dan diminta semua pihak bertenang dan tidak mengeluarkan komen yang boleh memecahkan keamanan dan mendatangkan kegusaran awam,” katanya

Semoga segala perselisihan faham antara kedua-dua pihak dapat diselesaikan dengan baik.