15 Penduduk Kampung Dijangkiti COVID-19 Selepas Buka Keranda & Mandikan Mayat

Rakyat Malaysia masih menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga hari ini selepas wabak Covid-19 turut menular di negara ini.

Hampir seluruh dunia kini sedang bertungkus-lumus menangani kes jangkitan wabak ini yang turut mengancam nyawa.

Positif Covid-19 selepas buka keranda

Namun begitu berbeza pula dengan satu kejadian di  Kampung Jati Mukim Waru, Sidoarjo di Indonesia apabila seramai 15 penduduk disahkan dijangkiti pandemik koronavirus (COVID-19).

Memetik laporan Astro Awani, penduduk kampung itu telah berjangkit selepas membuka keranda mayat pesakit COVID-19 di sini.

Menurut laporan Detik News, Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa melahirkan rasa kecewa terhadap kejadian yang berlaku itu.

“Kejadian ini mengakibatkan beberapa penduduk di sebuah mukim di Waru mati akibat COVID-19”.

Ahli keluarga turut mandikan mayat pesakit covid-19

Jangkitan berlaku selepas ahli keluarga mayat pesakit Covid-19 membuka keranda dan turut memandikan mayat.

“Ini kerana keluarganya membuka keranda, bahkan memandikan mayat sehingga ada yang dijangkiti,” kata Khofifah semalam.

Mudah-mudahan tidak ada lagi upacara seperti itu

Selain itu, Khofifah turut berharap kejadian seperti itu tidak berulang kerana proses pengebumian mayat pesakit positif COVID-19 sangat ketat.

“Mudah-mudahan tidak akan ada upacara seperti itu lagi,” katanya.

Sementara itu Pemangku Bupati Sidoarjo, Nur Ahmad Syaifuddin mengatakan dia agak lewat menerima maklumat tersebut.

Perlu dikebumikan oleh pekerja kesihatan 

Nur Ahmad turut mengakui sememangnya telah berlaku kecuaian mengenai perkara tersebut.

“Orang yang sepatutnya mengebumikan pesakit positif COVID-19 adalah pekerja kesihatan yang memakai pakaian khas”.

“Keranda tidak boleh dibuka dan pengebumian tidak boleh lebih dari empat jam,” jelasnya.

Penduduk kampung perlu jalani kuarantin

Selepas kejadian itu, pasukan petugas perubatan telah melakukan ujian pantas dan ujian swab kepada penduduk di sini.

“Akibatnya, 15 orang disahkan positif COVID-19 dan mukim ini menjalani kuarantin yang sangat ketat,” katanya.

Semoga orang ramai mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan penularan wabak ini tidak berlaku.