Connect with us

Semasa

[VIDEO] “Kesian abg tu kena ludah” Mengamukk Kereta Ditarik, Lelaki Dedah Kisah Sebenar Wanita Ini

Semalam tular satu perkongsian video yang dibuat oleh netizen menunjukkan rakaman seorang wanita yang kelihatan seperti sedang mengamuk selepas keretanya ditarik. Kiriman itu kemudiannya tersebar luas di media sosial dan melalui semakan di Facebook, ia telah pun dikongsi lebih 22,000 kali dan mendapat 13,000 komen. Bagaimanapun, tidak sampai 24 jam video terbabit disebarkan, tampil pula […]

Satu perkongsian video yang dibuat oleh netizen telah menjadi tular semalam di mana ia menunjukkan rakaman seorang wanita yang kelihatan seperti sedang ‘hilang akal’ dan mengamukk hanya kerana kereta ditarik oleh penguatkuasa.

Video tersebut kemudiannya tersebar luas di media sosial dan melalui semakan di Facebook, ia telah pun dikongsi lebih 24,000 kali dan mendapat 14,000 komen sehingga artikel ini ditulis.

Namun begitu, tidak sampai 24 jam video terbabit disebarkan, ada pula satu perkongsian oleh netizen-netizen di alam maya yang meminta untuk menghentikan penyebaran video itu kerana beberapa faktor.

Mereka bukan saja meminta agar video tersebut dihentikan penyebarannya namun turut mendedahkan wanita itu sebenarnya mengalami tekanann jiwa selepas melalui beberapa episod duka dalam hidupnya sebelum ini berkaitan keluarga.

Wanita itu dikatakan pernah bekerja sebagai seorang pensyarah di pusat matrikulasi sebelum suaminya melarikan diri bersama anak pertamanya.

Malah, tidak cukup dengan itu, anak keduanya turut meninggal dunia selepas dilahirkan dan dia ditinggalkan untuk hidup berseorangan selepas perpisahan tersebut.

Menerusi perkongsian oleh pengguna Facebook Francis Ngu Hown Hua, dia mendedahkan apa sebenarnya berlaku kepada wanita tersebut.

“Dia menahan kesakitan yang sangat mendalam. Jadi kepada sesiapa yang merasakan perkara ini sebagai satu jenaka, saya berharap anda tidak melalui apa yang pernah dilalui wanita ini,”

Francis juga berkata permintaan untuk menghentikan penyebaran video tersebut bukanlah bagi memberi lampu hijau kepada mereka yang mengalami tekanann untuk berbuat sesuka hati dan lari dari kesalahan.

Malah bagi dirinya sendiri, undang-undang tetap terpakai buat sesiapa sahaja namun ingin menjelaskan sebab sebenar kenapa wanita tersebut dilihat seperti itu.

“Saya cuma cerita di sebalik tabir kehidupan akak ni dan sebab kenapa dia melenting begitu sekali memandangkan ramai yang mentertawakannya. Sedangkan dia berada dalam keadaan yang sangat sedih sekali,”

Francis kemudiannya meminta agar netizen membuat laporan terhadap kiriman video asal tersebut dan turut memberitahu langkah-langkah untuk berbuat demikian.

Semoga perkara seperti ini tidak berulang lagi agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Video

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.