[VIDEO] Lari Berteduh Hujan Lebat, Wanita Terlupa Bawa Kereta

Setiap orang pasti pernah mengalami situasi terlupa sesuatu perkara. Kebiasaannya hal ini terjadi bagi orang-orang yang sudah berumur kerana faktor umur boleh memyebabkan seseorang itu menjadi pelupa lebih-lebih lagi perempuan.

Sama seperti di dalam video yang tular baru-baru ini, seorang wanita telah dirakam keluar dari kereta yang dipandunya sambil berlari dan apabila ditanya, dia hanya menjawab ringkas iaitu ingin berteduh dari hujan.

“Buat apa kak?”

“berteduh” katanya dengan wajah polos.

“Kan naik kereta, astaghfirullahalazim,”

Namun selepas mendengar jawapan itu, wanita yang merakamnya itu bertanya mengapa dia mahu berteduh sedangkan dia datang dengan kereta sendiri dan tidak perlu bimbang untuk basah kuyup.

Wanita yang merakamnya itu terkejut sehingga mengucap dibuatnya.

Lantaran itu, wanita tersebut terus menepuk dahi dan mulai sedar akan hal itu dan berlari semula ke arah keretanya dan memandu dengan laju mungkin akibat berasa malu.

Video tersebut telah tular di Tiktok dan rata-rata netizen terhibur apabila melihat reaksi wanita yang turun dari kereta itu terkejut ketika disedarkan bahawa dia mempunyai kereta untuk berteduh.

Di samping itu, ramai juga yang berkongsi kisah pelupa mereka, malah ada yang lebih teruk sehingga pulang dengan berjalan kaki sedangkan dia pergi dengan menaiki basikal dan ada juga yang menumpang kawan untuk pulang sedangkan dia membawa motor. Lucu sungguh ragam orang ramai.

“Aku pernah dulu bawa basikal pegi kedai sebab jarang dapat naik basikal. Selalu pegi kedai jalan kaki, pernah jadi macam ni lah, lupa balik jalan kaki.”

“Saya pernah bawa motor petang-petang untuk bermain bola bersama kawan-kawan tapi balik tumpang motor kawan dan saya rasa tiada apa yang dilupakan namun lepas solat baru saya ingat tadi saya pergi main bola naik motor.”

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 11 juta, 675.4k likes dan 16.4k komen di tiktok.

Video tular di Tiktok

@ovi_akleemasebobrok apa sih kalean 🤣##gokil ##lucu_ngakak ##hujan ##fyp ##brioclub ##cewekmanis ##fypシ ##fypdoooonggg ##lampung ##bobrok♬ suara asli – Ovi_Akleema