Terlalu Banyak Nombor Scammer, Gadis Ini Selamba Buat Group Whatsapp Khas

Kes penipuan atas talian atau scammer semakin menjadi-jadi masa kini. Ramai orang yang telah terpedaya dengan tipu helah para scammer ini sehingga ada yang jatuh muflis kerana sikap tidak bertanggungjawab mereka.

Oleh kerana terlalu banyak kes penipuan yang berlaku, orang ramai kini lebih berhati-hati dengan nombor yang tidak mereka kenali, ada yang tidak mahu melayan, malah ada yang terus sekat nombor berkenaan.

Namun lain pula idea gadis ini apabila dia telah membuat ‘Group Whatapps’ untuk para scammer kerana terlalu ramai yang menggangunya.

Gadis tersebut telah berkongsi video di akaun Tiktoknya tentang apa yang dilakukannya terhadap nombor-nombor para scammer itu.

Di dalam video tersebut gadis itu telah memberitahu bahawa dia mempunyai idea untuk berbuat sesuatu kepada nombor-nombor itu.

Buat Group Whatsapps dan Admin Big Fan

Sejurus selepas itu dia telah membuat group Whatsapp untuk nombor-nombor berkenaan dan menjadikan mereka semua sebagai admin.

“Bila terlalu banyak nombor scammer yang call, saya buat group untuk mereka saling kenal.”

Menurut gadis itu, dia membuat group tersebut untuk para scammer saling mengenali antara satu sama lain sekaligus bergurau agar para scammer boleh menambahkan idea mereka untuk menipu orang lain pula. Lebih melucukan gadis itu meletakkan nama group sebagai ‘Big Fan’.

Bukan itu sahaja, gadis itu juga meninggalkan nota untuk para scammer sebelum keluar dari group tersebut.

Video tersebut telah menarik perhatian warganet dan turut terhibur dengan ‘idea bernas’ gadis itu. Malah ada yang berharap agar mereka saling scam sesama sendiri.

“Alangkah baiknya kalau mereka cuba scam sesama sendiri dalam group tu” kata Netizen.

“HAHAHAHAHAHA BERDEKAH AKU , taklama lagi bertambah member dalam group tu.” kata netizen lagi.

“Haha ini rare and so bijak nanang. Baguslah nanti diorang boleh bincang how to scam lebih power.” ujar seorang lagi netizen.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 434.3K views, 32K likes dan 946 komen di akaun TikTok gadis itu.

Video tular di laman Tiktok

 

@__frhnaAda yang nak join sekali 🤣##fyppppppppppppppppppppppp ##fypdongggggggg ##fypkotakinabalu ##fypsabah ##fypシ゚viral ##fypgakni♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod