[VIDEO] Baling Kepala & Jatuhkan Motor Warga Emas, Remaja Ini ‘Dikutip’ Orang Kampung

Hari ini tular di media sosial apabila satu video sekumpulan remaja secara kurangg ajar menjatuhkan motor seorang lelaki warga emas dan membaling barang ke kepala beliau.

Kejadian yang dikatakan berlaku di Sijangkang, Selangor itu telah mengundang kamarahan warga netizen.

Menerusi video tersebut sekumpulan remaja itu terutamanya remaja berbaju hitam merampas kopiah milik mangsa dan mengacah-acah nak menjatuhkan motosikal sebelum melepaskan motosikal itu sehingga terkena pada kaki mangsa.

Kasihan apabila melihat warga emas itu tidak melawan dan terpaksa mengangkat motosikalnya sendiri.

Malah, ketika mahu menghidup enjin motosikal, remaja yang sama membaling kotak ke arah mangsa, selain cuba meletakkan sampah di atas kepala mangsa.

Mereka juga mempersendakan mangsa dan langsung tidak menghormatinya sebagai orang tua.

Video yang dirakam oleh salah seorang remaja dari kumpulan berkenaan kemudian dimuat naik di media sosial dan akibatnya, ahli keluarga mangsa bersama dengan penduduk kampung mencari remaja-remaja terbabit.

Akhirnya setelah dikenalpasti, remaja-remaja terbabit ditahan dan dibawa berdepan dengan ahli keluarga mangsa.

Mereka kemudian mempersoalkan tindakan kurang ajar remaja terbabit.


Walaubagaimanapun masih tidak diketahui apakah yang terjadi kepada remaja-remaja tersebut.

Semoga kejadian seumpama ini tidak berulang lagi dan akan dijadikan pengajaran buat semua.