“Itulah bakti terakhir beliau” Dijemput Ilahi Ketika Nak Beri Makan Kucing di Bulan Ramadhan

Sebelum ini, satu kisah pemergian seorang pelajar tingkatan lima pada 4 Ramadhan yang lalu dalam perjalanan memberi makan kepada kucing terbiar telah membuatkan hati pembaca tersentuh.

Ahmad Razin Sapri yang baru saja berusia 17 tahun dan bapanya setiap hari selalu memberi makan kepada kucing terbiar di Bachok.

Walau bagaimanapun, pada hari kejadian, Razin meminta izin untuk pergi berseorangan bagi memberi makan kucing-kucing itu.

Rupa-rupanya itulah khidmat bakti terakhir beliau kerana terlibat dalam satu kemalangann dan akhirnya dijemput menghadap Ilahi.

Kisah itu diceritakan dalam satu perkongsian Facebook oleh sepupu beliau, Nasrul Mohammed.

Saya ada seorang anak sepupu, beliau amat menyayangi kucing terbiar. Hampir setiap hari pagi atau petang beliau akan bersama2 ayahnya yang baik hati memberi makanan kepada kucing2 terbiar di sekitar Bachok.

Makanan kucing tersebut dibeli oleh beliau setiap hari, dan jika beliau tiba kucing2 terbiar akan terus mengelilingi beliau sebab sudah kenal.

Beliau bercita2 menyambung pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir dan sekarang belajar di Maahad Yaakubiah, Nipah.

Pagi tadi beliau meminta kebenaran ayah beliau untuk berseorangan pergi memberi makan kucing2 terbiar yang amat beliau kasihi.

Itulah khidmat dan bakti terakhir beliau.

Beliau terbabit dalam kemalangann semasa dalam perjalanan ke tempat kucing2 tersebut dan mengalami kecederaann paraah.

Saya sempat melawat beliau di HUSM semalam selepas tiba dari KL.

Beliau komma, mengalami pendarahann dalam otak, patah tangan dan juga kaki, keadaan beliau tidak stabil dan ayah beliau mengharapkan keajaiban daripada Allah Taala.

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Pada pukul 3.00 pagi tadi beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Semoga Allah Taala mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang2 yg soleh.

Sesungguhnya Allah Taala amat menyayangi hambaNya yang berbuat baik kepada makhluk kesayangan Nabi Muhammad SAW.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warga maya dan ternyata kisahnya yang berhati murni itu menimbulkan rasa sedih para pembaca.

Rata-rata netizen memuji amalan Razin dan mendoakannya ditempatkan bersama orang beriman.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat bagi semua pembaca dan diberikan pahala berganda buat Allahyarham Razin.