Video Konsert Tahun 2005 Tular, Kelibat Jep & Mamat Buat Ramai Pelik

Siapa tidak kenal dengan Jep Mamat dan Shuib yang sememangnya merupakan pelawak berbakat besar malah keakraban mereka juga sering menjadi bualan.
Iospital phone repair gombak
Mereka juga yang bersama-sama menaikkan nama sepah dalam dunia hiburan sehingga dikenali ramai.

Walaupun kini mereka lebih memilih untuk membuat haluan dan kerjaya masing-masing namun persahabatan mereka masih utuh.


Bagaimana pun, baru-baru ini telah tular sebuah video ketika di konsert kumpulan Search pada tahun 2005.

Biarpun video tersebut telah pun lama namun rakaman dengan paparan penonton yang hadir di konsert itu nyata menimbulkan tanda tanya ramai.



Manakan tidak, dapat kita lihat, seperti kelibat Mamat dan Jep dalam kalangan penonton yang ramai tersebut dan apa yang lebih pelik apabila si perakam seakan fokus akan kedua-dua pelawak ini biarpun jika diikutkan pada waktu itu Mamat dan Jep masih belum masuk dalam industri dan dikenali ramai.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata hairan seakan-akan pekaram tersebut tahu satu hari nanti mereka akan menjadi individu yang dikenali ramai.

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berseloroh mengatakan mungkin cameraman itu datang daripada masa depan.

Antara komen warga maya:
“Diorang memang betul2 rapat. 1 hari nanti pasti kembali semula”

“Cameraman ni dari masa depan ni…Siapa tahu rezeki budak 2 orang tu kan..Allah yang mengaturkannya…”

“Cameraman rekod sambil cakap…’Suatu hari nanti kau akan terkenal di Bukit Bintang..Satu bukit bintang kenal kau”

“Kalau betul ni tahun 2005, time ni Jep dan Mamat belum jadi artis umur diorang 20 tahun masa tu”

Video yang tular di laman TikTok:

@cik_nua ℎ ?#search #mamat #Jep#fyppppppppppppppppppppppppppppppppppp ♬ bunyi asal – ʙᴀɢᴀᴋ