Akibat Tidur Petang, Budak Ini Kelam Kabut Sangka Dah Lewat Pergi Sekolah Buat Ramai Terhibur

Anak-anak sememangnya mempunyai telatah masing-masing dan ada kalanya sehingga tidak kering gusi melayan gelagat lucu mereka.
Iospital phone repair gombak
Tidak dinafikan, alam persekolahan sememangnya memenatkan. Sebab itulah ada diantara pelajar yang tertidur kepenatan setelah pulang daripada sekolah.

Kadangkala, sehingga tidak dapat bezakan waktu pagi ataupun senja.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak perempuan bersiap-siap untuk pergi ke sekolah kerana takut lewat pada waktu maghrib nyata mengundang dekah ramai.


Menerusi video yang dimuat naik oleh ibunya di laman TikTok @Fauzalinafauzi, difahamkan anaknya terjaga daripada tidur petang dan terus memakai baju sekolah serta mengajak ibunya untuk hantar ke sekolah.

Reaksi mukanya juga kelihatan agak stress kerana sudah lewat untuk ke sekolah. Walaupun ibunya berkali-kali menegaskan itu adalah waktu maghrib namun dia tetap memaksa ibunya menghantarkan ke sekolah.

Kedengaran juga suara si ibu yang tidak dapat menahan ketawa dek kerana gelagat anaknya itu.

“Adik, kau nak pergi sekolah apa? Sekolah kau malam ke? Sebab tu orang tua-tua kata jangan tidur petang,” kata ibunya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut terhibur melihat budak perempuan tersebut yang kelam kabut bersiap untuk ke sekolah kerana menyangka dirinya sudah lewat.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang akui mengalami pengalaman yang sama dimana menyangka waktu senja adalah waktu pagi yang sepatutnya ke sekolah.

Antara komen warga maya:

“Member aku siap kayuh basikal sampai pak guard dah..”


“Aku pernah wehh masa tu time periksa.. kelam kabut aku dah siap2 pakai kasut, nenek aku siap gelak lah.. rupanya senja weii..”

“Weh srs maybe dia stress and penat sangat tu..”

“Ni kalau arwah mak aku ni.. dibiaukan aku tau2 aku dah sampai sekolah”

“Stresss adik tu.. bagi jela dia pergi sekolah”

“Aku pernah pergi sekolah sebelum subuh.. sampai sekolah tiba2 seram..”

“Tak payah anak.. mak aku pun pernah macam ni.. katanya dah lambat pergi kerja..”

“Aku pernah macam ni… hahahahha gosok tudung”


Video yang tular di laman TikTok:

@yoy.my Cuaca pun elok je macam pagi lagi 🤣 #fyp #beritatiktok #beritaterkini #beritatrending #beritaviral #viral #trending #tiktoknews #efwaipi #beritamalaysia ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey