[VIDEO] “Kenapa tinggalkan Cik Lan” Pembantu Peribadi Roslan Shah Meninggal Dunia

Pengacara, Roslan Shah berkongsi berita sedih apabila pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Amirul Izwan Hamzah disahkan meninggal dunia semalam. Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia akibat sesak nafas. Perkara itu dikongsikan Roslan di Instagram miliknya dalam satu potongan video. Dalam keadaan sebak, bintang itu berkongsi berita mengejutkan buat para pengikutnya. P.A cik Lan Baru meninggal Dunia jam [...]

Dua hari lepas, pengacara terkenal Roslan Shah telah berkongsi khabar duka apabila pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Amirul Izwan Hamzah telah disahkan meninggal dunia.

Allahyarham dilaporkan telah pergi dijemput Ilahi kerana sesak nafas.

Berita sedih itu telah dikongsikan oleh Roslan sendiri di laman Instagram miliknya dalam satu muat naik video.

Sebak dengan pemergian PA beliau, Roslan  berkongsi berita mengejutkan buat para pengikutnya di Instagram.

“P.A cik Lan Baru meninggal Dunia jam 8 mlm tadi …Mirul …Cik Lan otw balik ke JB Dari Terengganu …. @myrull1305._”

“Ssedekahkan Al fatihah ya.Last berbual Malam tadi kerana cik Lan pergi Terengganu dengan kawan baiknya Appy nak ambil Keropok Tamban Di Terengganu orang order.”

“Cik Lan suruh Mirul uruskan utk Di Singapore Expo Minggu Ini nanti Dan tunggu cik Lan balik Dari Terengganu esok Malam Dan jumpa Di JB….tetapi tadi dapat Berita Mirul dah pergi tinggal Cik Lan,”

Malah, Roslan turut memuji sikap Allahyarham seorang yang dedikasi sepanjang bekerja dengannya.

“Mirul orang Yang baik Jujur, Amanah Dan Ikhlas menolong cik Lan selama dia bekerja dengan cik Lan….Cik Lan dapat banyak project Di Bulan puasa Dan Mirul Akan uruskan jadual cik Lan.”

“Ya Allah sebak Dan menangis cik Lan …tunggu Mirul cik Lan nanti sampai Di JB ya,” akhirinya. Menerusi ruangan komen, rakan selebriti turut bersedih di atas pemergian Allahyarham.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by roslanshah (@realroslanshah) on

Rata-rata para peminat dan takan selebriti turut berdukacita dengan berita tersebut dan meninggalkan komen di video itu.

“Al fatehah baru je ckp dgn dia semlm masih tidak mampu utk percaya… “ Alyah

“Ya Allah cik lan …Innalilahiwainnailairojiun mirul memang baik ya Allah Allah sayang orang yang baik baik dia panggilnya cepat mengadap Ilahi” Zarina Zainuddin.

Menerusi perkongsian terbaru, Roslan Shah mendedahkan rasa terkilan dengan segelintir pihak klinik.

“Cik Lan terasa kecewa Dan terasa terkilan Ada segelitir pihak Klinik tidak bertanggung Jawab…..Memang Ajal Dan maut Di Tangan Tuhan Yang penting sebagai doctor Klinik kena membuat sesuatu …..”

“Tugasan Doctor Klinik hanya tepuk tepuk badannya suruh bangun walaupun mulut Arwah sudah keluar air ludah Dan tak bermaya terus suruh Kawannya bawa sendiri Dan angkat pergi ke Hospital….masa Di klinik tiada bantuan terpaksa kawanya seret Arwah perginke tempat kereta Di luar Klinik Ada seorang pakcik membantu angkat Arwah Mirul masuk ke Dalam kereta ….”

“Adakah Tugasan Doctor Dan Nurse membuat Cara begitu ? cik Lan tahu tidak semuanya Klinik seperti itu cuma Ada segelitir saja…Walaupun Arwah Mirul sudah pergi perasaan cik Lan Arwah Mirul macam Ada lagi….”

“Ya Allah kuatkan semangat cik Lan ya…Sedekah untuk Allahyarham Amirul Izwan Bin Hamzah….#share3 …#Love3 Pihak keluarga Arwah ingin ambil tindakan tunggu ya…. Arwah meninggal Sakit Semput Dan sesak Nafas….Kata kawan Arwah Mirul dah tak bernyawa Dalam kereta Semasa otw ke Hospital…”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by roslanshah (@realroslanshah) on

Takziah diucapkan buat Roslan Shah serta keluarga Allahyarham. Semoga ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.