[FOTO] “Ape punya anjing lah kau ni” Komen Kasar Ali Puteh Jadi Perhatian Netizen

Pemergian Abam rentap separuh jiwa adiknya, Ali Puteh yang sama-sama susah dan senang mencari rezeki membina nama dalam industri hiburan demi menyara keluarga. Genap sebulan pelawak itu meninggal dunia, Ali menerusi akaun Instagramnya berkongsi foto kenangan bersama ketika zaman kanak-kanak dan turut meluahkan rasa betapa rindunya dia dengan abang tercinta. Masih tersimpan segala momen-momen pahit [...]

Sudah sebulan pemergian Allahyarham Abam Bocey, namun masih ramai yang masih terkesan.

Adik Allahyarham, Ali Puteh yang sama-sama susah dan senang mencari rezeki membina nama dalam industri hiburan demi menyara keluarga turut berkongsi satu foto sempena sebulan pemergian Allahyarham.

Menerusi laman Instagramnya, Ali telah berkongsi satu foto kenangan bersama Allahyarham Abam ketika zaman kanak-kanak.

Ali turut meluahkan rasa betapa rindunya dia dengan abang tercinta.

“Andai dapat Ku undurkan putaran dunia…Kiri itu sy..kanan Tu arwah abam…abanggg!! angah rindu abang lah!! Mak rindu abang!! Along rindu abang..adik rindu abang..tggu Kami disana ye bang..” 

Di ruangan komen, ramai peminat dan pengikut mengutuskan ucapan takziah dan memanjatkan doa ke hadrat Allah semoga Allahyarham ditempatkan bersama golongan beriman dan beramal soleh.

Walau bagaimanapun, terdapat netizen yang menyifatkan luahan Ali itu sekadar mahu mencari perhatian serta meraih simpati orang ramai.

Lebih mengejutkan, Ali membalas komen jujur yang ditulis netizen dengan cara kasar sehingga ada yang melabelkannya seorang yang panas baran.

“@ammar56654444 Bukan kau ke d.m Aku mintak pinjam 100 haritu??mintak sedekah pada Aku pndai pulak ye??msg elok2..sbb nk duit Aku??ape punya anjing lah kau ni”

“@sawfakushari Mai dtg umah lah..tak pon set jumpa mne2 sy dtg…adab mne??xde keluarga ke??ke kene buang keluarga??manusia MCM kau ni..elok mati dri buat dosa mengata org”

 

“@sitifarwinshahabudin dah Tu??kau diam YG korang lebih2 knapa?tak takot dosa ke mengata org??pakai tudung tp agama mne??asyik mengata org..tak tau dosa ke??jge keluarga sendiri lah..esok2 Allah terbalik kt kau bru tau”


“@dila_idris ala perangai..jge anak2 keluarga sendiri xleh ekh??mmg keje 24jam menambah dosa je..anak2 kecik lagi..jge keluarga sendiri..esok2 mati..jawab dengn tuhan asyik mengata org je…ape punya perangai lah..laki kau mmg jnis xjge Bini ye??kesihan laki kau dpt Bini MCM ni…menyebok mengata hal keluarga org..sedih laki kau dpt Bini begini”

Ramai peminat dilihat cuba mententeramkan keadaan dengan memberi nasihat kepada Ali.

Rata-rata terkejut dengan cara Ali membalas komen-komen di laman Instagram miliknya itu.