[VIDEO] “Kenapa cakap pu**mak ni bang?” Sembur Ubat Nyamuk, Penarik Kereta Dedah Video Terbaru

Sebelum ini pemandu kereta Honda City S+ mendakwa kononnya telah dikasarri oleh ejen penarik kereta.

Rentetan daripada itu, D’Ben Al Shariff sekali lagi memuat naik video awal kejadian itu.

“Katanya abang repo berkassar dengan dia, korang nilaikanlah sendiri Sapa kaki spin sebenarnya.” tulis D’Ben.

Menerusi video berdurasi lima minit itu, wanita bernama Nurul Adlina itu terdahulu dilihat berbincang dengan ejen penarik kereta itu.

Wanita itu memberitahu pada awalnya dia tidak dapat membayar ansuran bulanan kereta itu selama 3 bulan kerana mengalami kesusahan dan tambahan pula dia tidak bekerja.

Kemudian dia meminta diberikan sedikit masa untuk menjelaskan tunggakan itu.

Namun, ejen berkenaan berkata dia memahami situasi yang dialami oleh wanita itu.

Bagaimanapun dia hanya menjalankan tugas dan menasihatkan wanita itu berbincang dengan pihak Maybank sekiranya mahu meminta diberikan masa.

Kereta Honda City S+ itu dikatakan adalah milik suami wanita itu. Ejen berkenaan turut menawarkan diri untuk membawa wanita tersebut ke Maybank sekiranya mahu berbincang dan jika pihak bank setuju untuk melepaskan kereta itu, maka dia akur.

Wanita itu kemudian menghubungi dan meminta suaminya berbincang dengan ejen berkenaan.

Walaubagaimanapun, perbincangan itu tidak berlangsung dengan baik berdasarkan perbualan di mana ejen tersebut dimarahi dengan kata-kata tidak elok.

Kemudiannya, ejen itu masih bertenang dan menasihatkan pemilik kereta itu bertenang dan berbincang dengan elok.

Video Sebelum Aksi Sembur Ubat Nyamuk

Susulan perbincangan itu tidak menemui kesudahan, ejen berkenaan terpaksa memanggil bantuan dari pihak polis.

Perkongsian video itu menunjukkan pihak ejen tidak bertindak keterlaluan dan hanya meminta wanita itu menyerahkan kereta itu dengan cara baik.

Diharapkan kedua-dua pihak dapat menyelesaikan masalah itu secara aman dan saling bermaafan sempena bulan baik ini.