“Doakan yang terbaik untuk Hamzah” Luahan Hidayah, Isteri Abam

Sekitar hari ini dan semalam, telah tular salah faham diantara Nor Hidayah yang merupakan balu kepada allahyarham Abam dengan keluarga allahyarham.

Sehubungan dengan itu, kes ini telah berlarutan selama 2 ke 3 hari dan orang ramai dikatakan ingin penjelasan dari kedua belah pihak.

Balu Allahyarham memohon doa dari orang ramai

Sementara itu, balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali memohon doa daripada orang ramai buat diri dan anaknya.

Allahyarham Abam meninggalkan seorang anak lelaki iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.

Nur Hidayah turut memohon ruang bagi untuk dirinya

Menurut Nurhidayah lagi, dia juga mohon diberi ruang memandangkan masih dalam tempoh edah selepas kematian suami tercinta pada 10 Februari lalu.

Difahamkan, perkara itu disampaikan oleh wakil dari pihak Nurhidayah menerusi kiriman WhatsApp kepada Harian Metro.

Doakan yang terbaik buat dia dan anaknya, Hamzah

“Assalamualaikum, saya mewakili balu arwah memohon ampun dan maaf buat masa sekarang dia tidak memegang telefon dan sedang menjalani tempoh edah”.

“Sama-sama doakan yang terbaik buat dia dan anaknya, Hamzah. Maaf sekali lagi daripada kami,”ujarnya ringkas.

Sebelum ini, orang ramai telah dikejutkan dengan pendedahan yang dilakukan oleh Nurhidayah bagi pihak beliau sendiri.

Hidayah mendakwa mendapat kekangan dari pihak keluarga arwah

Nur Hidayah turut mendakwa mendapat kekangan daripada pihak keluarga arwah suaminya membabitkan harta ditinggalkan.

Satu perkongsian oleh Nurhidayah menerusi video siaran langsung di Facebook telah tular dan mendapat perhatian ramai.

Pendedahan itu turut mengguris hati adik iparnya, Ali Puteh

Menerusi Instagran usahawan terkenal tersebut iaitu Datuk Seri Aliff Syukri, kelmarin, itu vidoe tersebut telah mengguris hati adik iparnya yang juga pelawak, Ali Puteh.

Rentetan dari itu, Ali memuat naik status di Instagran menggambarkan rasa kesal terhadap Nurhidayah dan Aliff.

Ali membuat sidang media untuk menjelaskan perkara sebenar

Satu sidang media turut diadakan pada petang semalam telah diadakan yang mana pihak keluarga arwah diwakili oleh Ali yang menjawab pelbagai persoalan dan menjelaskan perkara sebenar.

Sementara itu, Ali turut tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Nurhidayah atas keterlanjuran status sebelum itu.