[VIDEO] Keguguran Buat Kali Kedua, Nabila Huda Luah Rasa Sedih

Pelakon berbakat besar Nabila Huda dan suami sudah lama menantikan zuriat kedua mereka.

Walau bagaimanapun, impian Nabila Huda untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian apabila pelakon itu memaklumkan mengalami keguguran kali kedua semalam.

 

View this post on Instagram

 

M A S I H B E R D U A 💋 @amysearch.gp.co

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Saya keguguran lagi buat kali kedua

Menerusi perkongsian di Insta Story, Nabila tidak dapat menahan rasa sedih selepas anak yang dinantikan selama ini sekali lagi tidak dapat diselamatkan apabila dia mengalami pendarahan sebelum disahkan keguguran.

“Saya rasa kalian perlu tahu apa yang berlaku pada saya sejak dua hari lepas. Saya keguguran lagi buat kali kedua”.

“Masa pertama kali tahu saya bleeding, saya sangat down. Semalam saya cuba untuk memulihkan semula perasaan itu”.

Saya sangat teruja apabila doktor sahkan saya hamil

“Apabila doktor sahkan saya hamil, saya sangat teruja tapi pada masa sama paranoid. Saya risau tiba-tiba ‘dia’ tiada atau ‘dia’ jatuh atau ‘dia’ tak ada kat dalam tu (rahim),” katanya”.

Walaupun pelakon itu kelihatan sedih, Nabila mengatakan dirinya stabil dan akur dengan ujian tersebut.

 

Saya cuma kasihan pada suami saya

Namun begitu, Nabila berkata dia berasa kasihan pada suaminya yang sudah lama menantikan cahaya mata.

 

“Tapi saya percaya, tak ada rezeki lagi. Saya cuma kasihan pada suami saya. Lama dia tunggu. Kenapa susah sangat? Bila kita nak sangat, teringin sangat,” katanya.

 

Terdahulu, Nabila mendirikan rumah tangga bersama suaminya Mohd Izwan pada Disember 2015.

 

View this post on Instagram

 

Gala Night #m4m4 ❤️

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Nabila pernah mengalami keguguran pada April tahun lalu. Menerusi perkahwinan terdahulu, Nabila dikurniakan anak perempuan Keisha Laila kini berusia 10 tahun.

Diharap Nabila Huda dan suami tabah dengan ujian ini dan semoga pasangan ini diberikan rezeki cahaya mata suatu hari nanti.