Netizen Ini Ajak Boikot 3 Francais Minuman Dari Shuib, Sharnaaz Ahmad Bersuara

Beberapa hari ini kecoh di media sosial apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan penyiasatan berhubung sindiket Macau Scam dan judi dalam talian yang disyaki ‘mencuci’ ratusan juta ringgit.

Rentetan daripada itu, beberapa individu telah ditahan termasuk seorang ahli peniagaan wanita yang didakwa dalang sindiket tersebut.

Ahli perniagaan dikenali sebagai Datin A tersebut turut memiliki empat cawangan rangkaian perniagaan francais minuman diusahakan pelawak Shuib, Sepahtu.

Malah, baru-baru ini Shuib serta selebriti dan usahawan telah dipanggil untuk membantu siasatan, namun mereka telah menerima tempiasnya gara-gara Datin A.

 

View this post on Instagram

 

Wa kat belakang lu bro @shuibsepahtu Wa sayang lu..

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Antaranya ialah gesaan untuk menutup dan memboikot rangkaian perniagaan minuman Bubble Bee yang diusahakan beberapa selebiriti Malaysia.

Menerusi perkongsian di laman sosial Twitter, individu menggunakan nama ‘YB Kak Mira’ menulis ciapan supaya memboikot francais dibeli Datin A daripada pelawak Shuib.

“Boikot je lah franchise yang scammer 2 ekor lagi tu beli dari Shuib tu. 3 franchise Bubblebee tu yang geng-geng scammer ni bukak. Gampang betul perangai cuci duit haram.

“Putrajaya, Senawang, Ampang & Sungai Buloh. Ini semua Bubblebee yang dibuka guna duit Macau Scam. Boikot je lah anak anjing ni sampai melingkup.

“If korang ada pengalaman mak ayah makcik pakcik tok nenek yang kena tipu dengan Macau Scam ni DM aku cerita korang. Aku nak compile dalam satu thread. Identiti korang aku rahsiakan untuk tujuan keselamatan.”

Ciapan tersebut bagaimanapun telah mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad yang juga pemilik Bubble Bee cawangan Danau Kota, Setapak.

Menerusi ciapannya, Sharnaaz menegur ‘YB Kak Mira’ dengan menegaskan mereka tiada kaitan dengan aktiviti jenayah dilakukan datin berkenaan.

“Jangan begitu YB, kami ni takdak (tak ada) kena mengena, kami cari rezeki halal,” tulisnya.


Dalam pada itu, ada juga warga twitter yang mempertahankan perniagaan selebriti terbabit dengan memberi contoh francais makanan yang lain.

“But my dear. Kalau nak kata kedai cam ni cuci duit. berAgama islam cuci duit. Apetah lagi kedai2 orang bukan islam seperti starbuck, tealive, kfc, pizzahut.. Cina2 ni semua ada kedai judi dan kelab selain franchise ni.  But people je tak realise benda ni. Cina dah buat lama dahh

“so komen2 kat bawah pun stop lah kata nasib ak minum tealive je, nasib minum bla bla bla.. Ak tak backup2 mana2 pihak. Aku pun beli starback almost everyday. But people please open your mind. Korang tak kenal siapa yang buka tealive, starbuck, kfc.. kalau korang kenal. Haha”