[VIDEO] “Kecoh 10 orang nasib ada Tom” Kucing Wira Selamatkan 10 Lelaki Takut Tikus

Kucing antara pilihan utama binatang yang dipilih untuk dijadikan teman dan kawan ketika kesunyian di rumah.

Kucing juga antara haiwan yang  mudah untuk diuruskan. Bukan sahaja comel malah kucing juga merupakan haiwan yang manja.

Seekor kucing wira kepada 10 orang lelaki

Dalam satu rumah, tidak sah kalau kita tak pernah terserempak dengan tikus atau mana-mana serangga perosak.

Oleh itu, ramai juga memilih untuk membela kucing kerana selalunya tikus takut pada kucing.

Terbaru satu video telah tular dimana seekor kucing telah menjadi wira kepada 10 orang lelaki.


Kucing tersebut akhirnya berjaya menangkap tikus itu

Kucing  itu telah berjaya menangkap seekor tikus di dalam rumah yang didiami oleh lelaki-lelaki tersebut.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter oleh salah seorang daripada 10 lelaki tersebut yang dikenali sebagai Syafiq, kucing hebat itu diberi nama Tom.

Menerusi video tersebut, jelas kelihatan Syafiq dan rakan-rakan serumahnya geli dengan tikus yang tiba-tiba muncul di dapur rumah sewa mereka.

Tom menjadi wira dan dibenarkan tidur di atas katil

Disebabkan kemunculan seekor tikus kecoh satu rumah sewa yang didiami mereka dan mujurlah Tom menjadi wira kepada mereka

Tom akhirnya berjaya menangkap tikus tersebut dengan mudah sekali. Sebagai balasan, mereka memberi kebenaran kepada Tom untuk tidur di atas katil.

Rupa-rupanya kucing peliharaan mereka yang bernama Tom itu sememangnya handal dalam menangkap tikus, sekejap sahaja dia boleh menangkap tikus itu.

Video yang tular itu sehingga kini sudah mendapat satu juta tontonan dan ramai netizen geli hati melihat gelagat 10 orang jejaka itu yang mengharapkan Tom menyelamatkan mereka.