“Jarang keluar lepak, sebab takut bini”, Jawapan Win Lelaki Ini Hingga Dapat 13K Share

Kehidupan berumahtangga pasti ada pasang surutnya. Perkahwinan merupakan satu fasa yang mencabar emosi dan mental kedua-dua pasangan.

Tidak dinafikan, bukan mudah untuk menyesuaikan diri pada peringkat awal perkahwinan dan pasangan mestilah bersedia dari segi mental dan fizikal.

Bukan apa, bila kita mula tinggal sebumbung barulah kita dapat mengenali sepenuhnya hati budi pasangan kita.

Adakah suami anda jenis kaki lepak

Tiba masanya, kita akan mula mengenali perangai satu sama lain. Dari situlah anda boleh lihat jika suami anda jenis yang kaki melepak bersama rakan-rakannya.

Satu perkongsian di laman sosial Facebook yang dikongsikan oleh Ashman Mat Saleh mengenai suami yang dikatakan takut bini.

Dicop takut bini sebab tak lepak dengan rakan-rakan

Lelaki itu membuat satu luahan mengapa dia tidak kisah jika dicop takut bini jika tidak keluar melepak bersama rakan-rakan.

Menurutnya, dia lebih gemar mengutamakan keluarga dan mahu menghabiskan masa bersama anak dan isteri tercinta berbanding rakan.

Kita bukan takut bini tapi kita sayang bini kita

 

“Kita bukan takut bini, tapi kita sayang bini kita. Sebab apa? Sebab aku bersyukur dia boleh terima aku seadanya”.

“Jarang keluar lepak, sebab takut bini? Bukan bro. Bini aku tak melarang apa2 pun. Tapi Sebab aku nak QUALITY-TIME dengan bini dan anak”. Hari bekerja aku tiap hari balik malam demi cari rezeki untuk keluarga aku”.

“Bila ajak lepak, kita bukan taknak tapi hari biasa dah habiskan masa di office atau kerja.
Tiap hari balik malam, kita bukan orang kaya duit boleh petik jatuh dari langit”.

Takkan hari cuti pun nak tinggalkan isteri

“Bila hujung minggu kadang2 tu je la masa luangkan dengan family. Hari kerja dia duduk rumah, jaga anak. Takkan hari cuti pun nak tinggalkan dia”.

“Mereka pun ada perasaan, mereka pun nak keluar, mereka pun nak ambil angin luar. Bosan dah duduk rumah. Bawa mereka jalan-jalan.

Tak faham bila tak lepak kena cop takut bini

“Aku pun nak membesarkan anak aku depan mata sendiri. Kadang2 orang tak faham, bila tak lepak kena COP TAKUT BINI”.

“Aku tak kisah kena cop macam tu sebab aku tahu kalau keluarga aku susah bukan orang2 tu yang datang membantu. Keluarga kita, kita tahu apa kita buat”.

Kenalah pandai balance

“Bagi aku, ada masa dengan kawan, ada masa dengan family. Kenalah pandai balance”.

“Aku jenis suka utamakan family sebab tu tanggungjawab aku bila dah berkahwin. Jangan abaikan mereka”.

Hidup bujang tak sama dengan hidup orang kahwin

“Aku kerja sampai malam demi cari rezeki untuk mereka. Hidup bujang tak sama hidup dengan orang dah berkahwin”.

“Aku lebih rela di cop takut bini dari di cop ketua keluarga yang tak bertanggungjawab. Isteri aku boleh terima aku seadanya pun aku dah bersyukur. Hargailah mereka”.

Semoga pasangan ini sentiasa diberikan rezeki yang luas dan juga rezeki yang melimpah ruah untuk pasangan-pasangan lain di luar sana.