[VIDEO] “Kalau behind the scene dah aku terhibur, lagi yg betul2..” Drama Lock In Buat Netizen Terhibur

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu seperti yang semua dapat lihat, pelbagai kreativiti warganet tular dilaman sosial.

Pelbagai video yang menarik berjaya dihasilkan malah video tersebut turut viral dan menghiburkan ramai pihak.

Drama viral berjudul Lock-In

Selain itu, sebuah drama berjudul Lock-In yang sejak beberapa hari ini yang menjadi bualan ramai juga tidak kurang hebatnya.

Ketika PKP ini, ramai yang tidak boleh meneruskan perkerjaan mereka dan termasuklah yang terlibat dalam set penggambaran.

Walaubagaimanapun, hasil kreativiti drama popular dimusim kuarantin berkenaan menjadi buah mulut warganet apabila drama yang dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat berjaya membuatkan ramai terhibur.

Barisan pelakon yang hebat 

Antara pelakon berkenaan adalah, Erma Fatima, Sherry Alhadad, Nora Danish, Neelofa, Umie Aida, Sherry Alhadad, Remy Ishak, Janna Nick dan Baim Wong.

 

View this post on Instagram

 

Enjoy !!

A post shared by Mrs Nedim (@noradanish) on

Jika dilihat mereka hanya shooting dirumah masing-masing namun drama Lock In itu berjaya menghiburkan ramai peminat mereka.

Terbaru, menerusi channel YouTube Rosix & Bella yang juga merupakan milik kakak Neelofa menjadi perhatian ramai lagi selepas dia tour bilik Neelofa.

Behind the scene pun dah kelakar

Menerusi perkongsian tersebut, Rosix pula berkongsi behind the scene drama berkenaan dimana memaparkan gelagat lucu pelakon terkenal itu yang gigih dalam merakamkan drama itu.

Menerusi komen netizen, walaupun baru melihat gelagat behind the scene drama tersebut juga sudah mampu membuatkan mereka terhibur apatah lagi dapat melihat drama berkenaan yang sudah diedit

Raih ribuan tontonan

Ternyata ia betul-betul menghiburkan warganet apabila Neelofa yang turut berkongsikan video drama berkenaan dilaman Instagram miliknya sehingga meraih ribuan tontonan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Menjenguk ke ruangan komen di Instagram Neelofa,  ruangan itu dihujani pelbagai reaksi positif penonton setia yang menantikan drama Lock In berkenaan.