“Sebagai ketua keluarga, saya cuba sedaya upaya..” Nora Jumpa Pakar Psikiatri & Ustazah Untuk Bimbingan

Kehilangan insan yang tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk ditempuhi tambahan pula ketika bulan Ramadhan.

Pastinya pelbagai kenangan dan memori bersama mereka menjengah kembali. Begitu juga dengan penyanyi Nora Ariffin.

Nora kehilangan dua insan tersayang

Seperti yang diketahui umum, penyanyi ini berdepan dua kehilangan insan tersayang yang pergi menghadap Ilahi.

Dua orang insan tersayang itu adalah suaminya, Johan Nawawi dan juga anak lelakinya, Muhammad Syakir Alif Johan.

 

View this post on Instagram

 

Soulmate 😌

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kehilangan kedua-dua insan ini memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan Nora.

Ramadhan kali ini jauh berbeza

Sementara itu, Nora turut menyatakan Ramadan tahun ini jauh berbeza lebih-lebih anaknya yang baru meninggal dunia lima bulan.

Pemergian anak lelakinya Muhammad Syakir Alif Johan yang meninggal dunia pada 14 Disember tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

Masa berlalu….hari ni.. Genap 4 bulan…. Miss you son….😌

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Sementara itu Nora ketika dihubungi berkata, pemergian Muhammad Syakir Alif atau mesra disapa Alif sangat dirasai lebih-lebih lagi di bulan Ramadan kerana banyak kenangan bersamanya dalam bulan mulia ini.

Saya kena kuat demi mereka anak-anak

Namun begitu, Nora bagaimanapun menguatkan hatinya bagi memastikan dua lagi anak perempuannya, Putri Nur Dahlia dan Putri Nur Fatehah terus kuat dan tidak bersedih.

“Sebagai ketua keluarga, saya cuba sedaya upaya untuk hiburkan anak-anak kerana tak mahu mereka rasa terlalu sedih dan kehilangan” ujarnya kepada Harian Metro.

“Saya perlu menjadi contoh kepada mereka. Jadi, kalau mereka nampak mama mereka kuat, mereka pun akan jadi kuat,” katanya.

Turut terkesan adalah dua lagi anaknya

Selain itu menurut Nora, dia dinasihatkan doktor yang membimbing psikologi mereka sekeluarga supaya tidak menunjukkan rasa kesedihan kepada anak-anak.

“Sejak Alif tiada, banyak yang bermain di dalam fikiran saya. Tanpa saya sedari, semua itu memberi impak kepada anak-anak sehingga menjejaskan pembelajaran mereka.

Jumpa pakar psikiatri 

Beliau mengambil beberapa langkah bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dan turut pergi bertemu doktor mendapat bimbingan untuk menghadapi situasi ini.

 

View this post on Instagram

 

Selamat berehat buat semua.❤️ White dress by @rizmanruzaini for launching @prettian.my ❤️

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

“Jadi, bagi menyelesaikan perkara itu, saya dan anak-anak bertemu dengan pakar psikiatri sebab saya sendiri pun tak pernah lalui situasi sebegini”.

Rujuk ustaz dan ustazah untuk bimbingan rohani

“Pada masa sama, saya juga ada merujuk ustaz dan ustazah bagi membimbing rohani kami untuk diseimbangkan dengan psikologi”.

“Alhamdulillah, semua dah kembali kuat untuk teruskan kehidupan kami sekeluarga,” katanya.

Difahamkan, oada 14 Disember tahun lalu, Alif meninggal dunia secara mengejut apabila tiba-tiba rebah di kediaman mereka.

Semoga Nora dan anak-anak tabah menghadapi dugaan yang diberi dan diharap mereka sekeluarga kembali kuat untuk meneruskan kehidupan.