“Tiada apa-apa perbincangan hal rujuk kembali” Bekas Isteri Pertama Da’i Farhan Buat Penjelasan

Sejak beberapa hari lepas, nama Da’i Farhan kembali mendapat liputan media susulan kenyataan isterinya Noorainul Naqim Mohd Radzi  atau Dr Erin yang mengakui sudah berpisah dengan pendakwah muda itu. Nama bekas isteri Da’i Farhan juga turut terpalit sama apabila didakwa oleh Dr Erin yang mana suaminya terlalu rindu anak-anak hasil perkongsian hidup dengan bekas isteri [...]

Nama Da’i Farhan kembali mendapat liputan media sejak beberapa hari lepas susulan kenyataan isterinya Noorainul Naqim Mohd Radzi  yang mengakui sudah berpisah dengan pendakwah muda itu.

Malah, nama bekas isteri Da’i Farhan juga turut terpalit sama apabila didakwa oleh Noorainul yang mana suaminya terlalu rindu anak-anak hasil perkongsian hidup dengan bekas isteri pertamanya iaitu Fatin Nurul Ain dan ingin kembali rujuk.

Walau bagaimanapun, selepas beberapa hari mendiamkan diri, Fatin telah tampil membuat kenyataan di Facebook miliknya seakan menafikan perbincangan berkenaan rujuk semula dengan bekas suami.

Menerusi kenyataan tersebut, Fatin memaklumkan tiada sebarang perbincangan berkenaan rujuk kembali dan sebarang perbincangan hanya melalui orang tengah iaitu keluarga masing-masing sejak mereka berpisah.

Menurutnya lagi, setiap pendiriannya keluarga adalah sama dengan pendiriannya  iaitu tidak langsung meletakkan sebarang syarat andai kata ingin rujuk kembali.

Penjelasan tersebut adalahlah berhubung dakwaan yang mana pihaknya meminta untuk tidak bermadu andai kata Fatin dan Da’i Farhan ingin kembali rujuk semula demi anak-anak.

Di akhir penjelasan tersebut, Fatin meminta agar segala salah faham dapat diperbetulkan dan berharap bulan Ramadan ini kita semua memperbanyakkan membuat kebaikan  agar menjadi hambanya yang betakwa.

Terdahulu, Da’i Farhan telah bernikah dengan Fatin Nurul Ain dan dikurniakan dua orang cahaya mata sebelum berpisah ketika bekas isterinya itu hamil anak kedua mereka selepas bernikah lain dengan Noorainul.

Walau bagaimanapun,kisah mereka menjadi hangat semula apabila Noorainul memaklumkan bahawa sudah berpisah dengan Dai Farhan selepas didesak oleh sekeliling ketika sedang hamil anak pertama hasil perkongsian hidup selama 5 bulan itu.

Rata-rata netizen menyokong keputusan Fatin dan mendoakannya supaya sentiasa bersabar dengan segala ujian.