[VIDEO] Jep Sepahtu Dedah Wajah Anak Lelaki, Muhammad Khidir Nama Diberi

Pasangan selebriti Jep Sepahtu dan Sariyanti telah menerima seorang lagi cahaya mata baru pada 6 Jun lalu.

Jep dedah wajah cahaya mata keduanya buat kali pertama

Menerusi Instagram, pelawak Jep Sepahtu mendedahkan wajah cahaya mata keduanya  buat kali pertama untuk tatapan ramai.

Jep Sepahtu atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin memuat naik sebuah video memaparkan gelagat bayi lelaki pasangan ini.

Malah, pasangan ini turut berkongsi nama bayi baru mereka yang diberi nama Muhammad Khidir itu.

 

View this post on Instagram

 

Subhanallah😍😍 anak abah Khidir @muhammadkhidirofficial ❤️🤗. Tq @natalismothercare 🙏🏻. Service memang tip top 👍🏻

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

 

Gambar pertama bersama adik-beradik

Menerusi Instagram Muhammad khidir sendiri, terdapat dua posting gambar bayi lelaki ini yang dikongsikan kepada peminat.

 

View this post on Instagram

 

First photo with the siblings 😍

A post shared by Khidir (@muhammadkhidirofficial) on

Menjenguk ke ruangan komen, posting berkenaan dihujani komen peminat dan pengikutnya.

Semoga Khidir menjadi anak soleh

Pelbagai reaksi peminat yang turut memuji kecomelan bayi tersebut selain mendoakan agar Khidir menjadi anak soleh kepada kedua ibu bapa.

Terdahulu, Jep berkahwin dengan pelakon Sari Yanti pada 25 Februari 2017 dan turut memiliki seorang cahaya mata perempuan Dariya Inara yang berusia dua tahun.

Sementara itu, menerusi perkahwinan terdahulu Sari Yanti mempunyai dua anak lelaki iaitu Barr Al Ally dan Baasit Al Haq.

 

View this post on Instagram

 

Terima kasih kesayangan abah @sariyanti @dariyainaraofficial #barr #baasit #khidir ❤️

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

Semoga keluarga Jep Sepahtu dan Sariyanti terus meriah dengan kelahiran cahaya mata baru mereka.