Dikatakan Rumahtangga Dilanda Badai Kerana Hadir di Mahkamah Syariah, Izreen Azminda dan Ude Beri Penjelasan

Pelakon Izreen Azminda dan suaminya Ude Wahid telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa dan menimbulkan spekulasi mengenai situasi rumah tangga mereka.

Menerusi laporan mStar, kehadiran Izreen yang berjubah dan bertudung hitam bersama suaminya membuatkan ada pihak tertanya-tanya apakah tujuan mereka hadir ke mahkamah berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

Skali skala buat muka garang sikit takpa kot no 😁🤭 Baju kami pakai ni dari @gerobok_gaga

A post shared by I.Z.R.E.E.N A.Z.M.I.N.D.A (@izreen.azminda) on

Namun begitu, Izreen ketika dihubungi oleh portal mStar menafikan perkahwinan mereka sedang dilanda badai.

Menurut Izreen,dia dan suami hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan urusan denda yang dikenakan mahkamah kerana berpoligami tanpa kebenaran pada awal pernikahan mereka ketika Ude masih lagi menjadi suami kepada Intan Liana Saleh.

“Kami ke mahkamah hanya untuk membayar denda nikah. Tiada urusan lain.

“Jangan salah anggap, kami okey saja,” katanya kepada mStar bagi menjawab teka-teki itu.

Menerusi perkongsian terbaru di laman Instagram, Izreen telah memuatnaik foto laporan sebuah portal blog dan menjelaskan perkara sebenar.

“Tajuk kau ni rotikaya dari dlu sampai skarang mcm APO???! BUKAN BLOG KAU JE.. MCM2 BLOG LAGI… ASAL BOLEH JER KORANG ERK.. landa badai apo kau…

“Aku g settel denda yg dah bertahun baru mahkamah panggil utk settel semlm… Helok sister kat umah dgn suami ni hah..

“Tgh buat apam lagi utk cust.. Kering idea dah ke nk buat story.. gitew lah blogger skarang..interview nyer tidak.. Sedeyyyy!!!

“UNTUK BLOGGER2.. MAI LA BELI APAM KAMI.. MUR MUR JA.. KOT LEPAIH MKN APAM KAMI IDEA MENCANAK2 MASOK ”

Izreen, 35, berkahwin dengan Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid, 32, pada 8 Ogos 2017 secara rahsia yang ketika itu Ude masih bergelar suami kepada Intan Liana.

Pada 22 Mac 2018, Ude bagaimanapun menceraikan Intan selepas lima tahun berkahwin.

Ude dan Intan mempunyai dua anak iaitu Arish Muqri, 5, dan Ariq Muqri yang berusia tiga tahun.

 

View this post on Instagram

 

Haaaaa baru la complete!!! Tp sayang.. Mama takdak geng sailormoon.. Semua boboboi 🥴🥴🥴 @udewahid

A post shared by I.Z.R.E.E.N A.Z.M.I.N.D.A (@izreen.azminda) on

Manakala Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun bercerai pada 2014 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar yang berusia tujuh tahun.

Hasil perkahwinan Izreen dan Ude pula, mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Aaron Ibrahim yang kini berusia satu tahun.