“Sorry sayang I tertunjal kepala you,” Dituduh Dayus, Nubhan Ahamad Muatnaik Video Penuh Hadiah Untuk Isteri

Selepas sepotong video yang merakamkan aksi penyanyi, Nubhan Ahamad dan isterinya, Dr Afifah Tawfek yang sedang bertengkar mengenai kereta hilang di kawasan publik tular, Nubhan hari ini memberikan penjelasan mengenai situasi yang berlaku. Jelasnya menerusi entri terkininya di Instgram, Nubhan turut menyatakan permohonan maaf buat isteri kerana berkelakuan kasar terhadapnya. Malah, prank yang dilakukan khusus [...]

Beberapa hari lepas, satu klip video yang merakamkan aksi penyanyi, Nubhan Ahamad dan isterinya, Dr Afifah Tawfek yang sedang bertengkar mengenai kereta hilang di kawasan awam menjadi tular.

Hari ini menerusi muat naik video di laman Instagram miliknya, Nubhan memberikan penjelasan mengenai situasi apa yang sebenarnya berlaku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad) on

Menurut Nubhan, dia menyatakan permohonan maaf buat isteri kerana berkelakuan kasar terhadapnya.

Nubhan menjelaskan video tersebut adalah sebahagian daripada prank yang dilakukan khusus bagi memberikan kejutan buat isteri bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.

“Kisah sebenar “LELAKI DAYUS”. Sorry sayang @drfietawfek sbb i tertunjal kepala you. I cuba nak buat u marah…tapi u x marah2.

“I dah jam… sbb tu terpaksa berkasar sikit….sampai sekarang i rasa bersalah ni. As u wish! U nak sangat hadiah ni.

“Hope you happy! Sorry jugak sbb tesalah date anniversary. Mngkin masalah hakiki lelaki suka lupa date ni x dpt dipisahkan. Sepoz bulan ogos. I ngatkan july,” tulisnya.

Pada masa yang sama Nubhan turut mengucapkan selamat maju jaya buat isteri yang kini terlibat dalam dunia perniagaan.

“Good luck for ur business @lantarabeauty i will support you,” ucapnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad) on

Anda boleh menonton video versi penuh di sini:

Nubhan merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim keenam dan berjaya menduduki tempat ketiga pada musim tersebut.

Berasal dari daerah Kuala Pilah di Negeri Sembilan, Jejaka ini merupakan anak bongsu daripada lapan adik beradik.

Mempunyai suara yang gemersik, Nubhan mengetengahkan irama Pop Melayu Moden dalam muziknya.

Album sulungnya Langkah Nubhan telah dilancarkan pada bulan Disember 2010 dengan beberapa lagu hit seperti Oh Juwita, Seadanya Aku, Aku Atau Dia dan Mata Hati serta sebuah lagu mandarin “Ai Mei Chuo”

Nubhan dan isterinya mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, iaitu Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan.