“Fuhh garang!” Tular ‘Akak’ Polis Garang, Lelaki Ini Dedahkan Wajah Sebenar Anggota Polis Ini

Harini masuk hari ke-5 Perintah Kawalan Pegerakan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid-19. Pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia. Kali ni admin nak share satu video yang dikongsi oleh @SuaraBiasa di twitter. Dalam video ni kita boleh tengok seorang anggota polis wanita ‘sound’ pekerja bengkel [...]

Wabak Covid-19 yang melanda dunia nampaknya masih berterusan sehingga ke hari ini dan jumlah kes terus meningkat dari hari ke hari.

Hari ini telah masuk hari ke-6 rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan  dan perlu duduk di rumah masing-masing.

Namun begitu, menerusi laman sosial masih ada kisah yang dikongsikan memperlihatkan rakyat masih tidak mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan.

Pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia.

Menerusi satu video yang tular, seorang anggota polis wanita dengang tegas telah menasihati pekerja bengkel yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan.

Klip video tersebut telah menjadi tular di laman sosial Twitter dan juga Facebook.

Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan tegas ‘akak polis’ tersebut yang nyata membuatkan pekerja bengkel ‘kecut perut’.

Malah, ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan anggota polis yang sangat tegas ini.

Di dalam satu perkongsian di Facebook lelaki ini mendedahkan wajah sebenar ‘akak polis’ yang dikatakan garang ini.

“Wajah sebenar akak Polis yg tegas! Tahniah PDRM!”

Di dalam video tersebut anggota polis wanita ini dengan tegas mengarahkan penduduk masuk ke rumah dari dalam kereta.

Ramai netizen yang memuji tindakannya yang tegas tanpa mengira siapa, malah ada yang mahu anggota polis ini membantu kawalan pergerakan di Penang.

“Pantang nampak orang, jerkah terus”

“Mohon hantar akak ni pergi ke area butterworth..sungai dua,ayer itam dah kawasan penang…diberitakan kat sana degil yakmat…tq”