[VIDEO] “Hilang 6kg dah..” Fazley Yaakob Kongsi Anak Buat Cabaran 40 Hari Keto Diet

Ada pelbagai jenis diet yang diamalkan oleh orang ramai antaranya adalah intermittent fasting, diet atkins, diet Paleo, diet keto dan banyak lagi.

Fazley Yaakob kurus dengan keto diet

Sebelum ini, Cef Selebriti Datuk Fazley Yaakob ada berkongsi mengenai dirinya yang melakukan keto challenge.

Menerusi Instagram, Fazley ada berkongsi beberapa posting mengenai diet yang dilakukan itu bersama peminat.

Berat badan turun dengan selesa 

“Pipi mana pipi?! It has only been 2 weeks into my #40days #ketochallenge and Ive lost so much inches and chubbiness”

“Berat turun dengan kadar yang selesa dan badan saya rasanya makin firm”

Baru 2 minggu dah nampak kurus 

“Ramai tanya saya ada beza tak sebelum dan selepas amalkan #ketodiet, so biarlah gambar ni yang jadi jawapannya ok”

“Buat mereka yang jadi follower baru saya sebab post ala #nationalgeographic pagi2 sewaktu saya buat 7km morning walk/jog, teruskan menonton ok”.

“So tell me, ada beza ke sebelum dan selepas? Baru 2 minggu ni”

Anak dan isteri juga cuba diet keto dan berhasil

Selain itu, Cef Selebriti ini juga mendedahkan anak sulungnya, Fariedz turut mengikuti cabaran diet keto selama 40 hari bersamanya dan isteri Datin Azrene Ahmad.

Fazley bangga apabila Fariedz atau panggilan manjanya Payish berjaya menurunkan 6kilogram(kg) dari berat asalnya selepas 25 hari menjalani cabaran tersebut.

Payish hilang 6 kilo dah Alhamdulliah

“Ramai yang tanya saya, selain saya dan @azrene_ahmad yang kurus dalam keto 40 days challenge ni, siapa lagi yang kurus? Ni anak sulung saya, Payish”

“Dia baru berusia 12 tahun. Kami ada 14 hari lagi untuk tamatkan cabaran ini. Well done baby Dida! Im so proud of you!! Nak tengok tak before dan after saya dan @azrene_ahmad pulak?“ katanya.

Netizen kagum dengan pencapaian mereka sekeluarga

Disamping itu, Fazley turut memuat naik gambar sebelum dan terkini perubahan badan anaknya Payish.

Selain diet keto, Fazley turut mengamalkan intermitten fasting sebagai rutin terbaru dalam menjaga kesihatan.

Rata-rata pengikut beliau turut kagum dan memuji mereka sekeluarga yang berjaya menurunkan berat badan dengan diet yang sihat selain turut mengamalkan senaman.