Engku Emran Dan Laudya Cynthia Bella Sah Bercerai, Ini Luahan Laudya

Isu mengenai keretakan rumah tangga pelakon Laudya Cynthia Bella, 32, dan Engku Emran, 45, akhirnya terjawab apabila mereka dilaporkan telah berpisah.

Mengesahkan penceraian mereka, Laudya memberitahu menerusi sebuah video yang dimuat naik di insertlive.com berkata, mereka berdua telah mengambil kata sepakat untuk berpisah secara baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on

”Saya ingin menjelaskan bahawa kami berdua sudah sepakat untuk berpisah secara baik. Sudah berbagai usaha yang kami lakukan dan ini adalah takdir Allah, rumah tangga kami hanya sampai di sini.

”Segala proses juga kami lalui dan saat ini semuanya sudah selesai,” kata Laudya.

Menurut Laudya lagi, selama perkahwinan bersama Engku Emran yang juga merupakan bekas suami kepada pelakon Erra Fazira itu, dia mendapat banyak sekali kebaikan dan hikmah serta pembelajaran.

”Dua tahun beliau menjadi suami saya, banyak sekali kebaikan, hikmah dan pembelajaran yang saya dapat. InsyaAllah, hikmah, pembelajaran dan semua yang saya dapat ini boleh saya jadikan bekal, boleh saya simpan untuk saya menjadi wanita InsyaAllah yang jauh lebih baik lagi,” kata Laudya.

Terdahulu, Laudya dan Engku Emran telah melangsungkan pernikahan mereka pada 8 Sepetember 2017.

Pelakon yang terkenal daripada Indonesia ini mengambil keputusan untuk tinggal di Malaysia bersama suaminya.

Keretakan hubungan pasangan ini yang masih belum dikurniakan anak mula dihidu media dan peminat sejak hujung tahun 2019 apabila mereka tidak lagi berkongsikan gambar bersama di media sosial.

Rata-rata para peminat berkongsi rasa simpati dengan khabar berita ini dan mendoakan dirinya bersabar dengan ujian ini.