[VIDEO] “Hati2 logo halal di Korea” Peniaga Naikkan Signboard Halal Bila Ada Pelanggan Muslim

Korea Selatan adalah di antara negara yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk melancong.

Selain daripada peminat muzik K-Pop yang ramai di negara kita, faktor 4 musim di Korea dengan harga tiket penerbangan yang berpatutan menjadikan ia pilihan terbaik.

Buktinya para penjaja di sana juga sanggup belajar bahasa Malaysia semata-mata mahu menarik perhatian pelancong Melayu untuk membeli barangan mereka.

Namun, dalam pada kita seronok melancong di negara orang, antara perkara yang harus ditikberatkan adalah makanan halal.

Ini kerana terdapat laporan segelintir peniaga di Korea Selatan yang mengambil kesempatan terhadap pelancong muslim dengan menggunakan logo Halal palsu.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, terdapat peniaga di sana yang hanya memaparkan papan tanda Halal jika terdapat pelanggan Islam.

Malah, peniaga terbabit menurunkan semula papan tanda tersebut apabila terdapat pelanggan yang bukan Islam.

Dekat Myeondong Street, penjual dekat stall ni bila dia nampak ramai orang pakai tudung jalan dekat situ dia tukar signboard yang ada halal tapi bila dah ramai tourist dari tempat lain *(time ni ramai orang Filipina dtg stall) dia turunkan signboard tu letak dekat tepi.

Tindakan peniaga itu mengundang rasa curiga bagi pelancong beragama Islam yang merakam kejadian tersebut.

Perkongsia dari Najib Ayub itu menerima pelbagai reaksi dengan perkongsian pengalaman dari beberapa netizen lain.

Lebih memeranjatkan, ada peniaga yang meletakkan logo halal walaupun terdapat menu babi pada papan tanda tersebut.

“Babi halal??”

Menurut Najib Ayub lai, beliau menyarankan supaya pelancong beragama Islam mendapatkan maklumat sahih dari Korea Tourism Organisation Malaysia.

Organisasi tersebut akan membekalkan info-info halal dan juga memberikan baucer diskaun dan kad T-money.

“aku suggest kalau korang nak gi Korea sebelum tu pergi laa dekat Korea Tourism Organisation Malaysia untuk dapatkan info-info halal ni dan juga baucer diskaun. Free je siap dapat kad T-money sekali.”

Diharapkan dengan pendedahan ini, pelancong beragama Islam lebih cakna dan berhati-hati apabila membeli makanan di sana.