[VIDEO] “Bagi air pun salah ke?” Abang Medik Dilayangkan Kad Kuning Oleh Ref

Malaysia berjaya ke pusingan akhir Kejuaraan Bawah 19 Tahun (B-19) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 selepas mengalahkan Thailand 1-0 di Stadium Olimpik Nasional di Phnom Penh, Kemboja, semalam. Walau bagaimanapun, tidak pernah berlaku lagi dalam mana-mana perlawanan apabila salah seorang petugas perubatan dilayangkan kad kuning pengadil ketika merawat seorang pemain Malaysia. Ini kerana petugas [...]

Beberapa hari lepas, Malaysia telah berjaya ke pusingan akhir Kejuaraan Bawah 19 Tahun (B-19) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020.

Di dalam perlawanan di Stadium Olimpik Nasional di Phnom Penh, Kemboja, pasukan Malaysia berjaya menundukkan Thailand dengan keputusan 1-0.

Namun begitu, satu insiden yang mencuuri perhatian dan tidak pernah berlaku lagi dalam mana-mana perlawanan apabila salah seorang petugas perubatan dilayangkan kad kuning oleh pengadil.


Kad kuning itu dilayangkan ketika abang medik tersebut sedang merawat seorang pemain Malaysia.

Petugas itu didakwa sengaja melengahkan masa perlawanan ketika diarah keluar dari padang oleh pengadil.

Video tersebut dikongsikan di laman facebook Vocket FC dan mendapat perhatian para peminat bola sepak tempatan.

Rata-rata netizen merasa kasihan dengan petugas tersebut yang hanya cuba memberikan air mineral kepada pemain.

“Inilah detik hitam dia harungi spnjng hidupnya sbg medic pasukann”

“Hahaha kelakar la kwn dia dah pergi dia masih lgi stay bagi air haha. Xpe la bole simpan wat kenangan kat anak cucu nnti”

“Hadoi..serius klako..btw, syabas abg physio…masing2 mainkan peranan..ye la kn…tipis 1-0 kot….”