[VIDEO] “Happy tiap kali balik kerja,” Isteri Buat Kompilasi Suami Menari Balik Rumah

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mahu rumah tangga yang dibina penuh dengan kebahagiaan dan kegembiraan.

Oleh itu pentingnya hubungan suami isteri yang erat dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Gurauan kecil mampu naikkan mood gembira pasangan kita

Setiap dari kita pastinya berusaha untuk menggembirakan hati pasangan demi kerukunan rumah tangga.

Tanpa diduga kadang-kala dengan hanya gurauan kecil mampu membuatkan pasangan kita tertawa dan sekali gus menjadikan mood harian bertambah baik.

Isteri rakam gelagat suami pulang dari rumah setiap hari

Menerusi satu perkongsian yang tular di laman Twitter, seorang lelaki telah memuat naik kompilasi video yang dirakam isterinya setiap hari.

Kompilasi video tersebut adalah gelagatnya setiap kali beliau pulang ke rumah dari tempat kerja.

Menari girang untuk buat isterinya gembira

Beliau yang menggunakan nama HaissazcH di akaun media sosial memaklumkan tindakannya menari girang setiap kali pulang ke rumah adalah bagi membuatkan isterinya gembira.

Namun begitu, beliau tidak menjangkakan bahawa isteri tersayang merakam video tersebut dan membuat kompilasi sehingga kelihatan lucu.

Mendapat lebih dari 100,000 tontonan

Perkongsian video tersebut telah berjaya lebih dari seratus ribu tontonan dan 30 ribu tanda suka setakat ini di laman Twitter.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat lucu lelaki tersebut.

Bahkan, menurut netizen lelaki tersebut bukan sahaja berjaya membuat isterinya gembira malah membuat orang lain terhibur menonton tarian pulang dari kerjanya itu.

Semoga bahagia hingga ke Jannah

Rata-rata netizen juga masing-masing telah meninggalkan komen yang pelbagai dan mereka berasa lucu dengan tindakan spontan lelaki tersebut.

Sudah pasti kegembiraan bertemu pasangan selepas seharian bekerja membuatkan emosi masing-masing bertambah baik ketika pulang ke rumah setelah seharian di tempat kerja.

Selain itu juga, ramai yang turut mendoakan semoga pasangan ini terus bahagia hingga ke Jannah.