Isu Status Agama Illi Najwa, Akhirnya Wanita Ini Bersuara

Semalam kecoh di media sosial apabila status agama seorang wanita Malaysia, Illi Najwa Saddique dipersoalkan selepas dia berkahwin dengan seorang pemain hoki India, Manpreet Singh Pawar.

Namun begitu, selepas menerima pelbagai kritikan akibat dari upacara perkahwinan yang didakwa bercanggah dengan agama Islam, wanita tersebut tampil bersuara.

Menerusi laporan Sinar Harian, Ahli Dewan Negara, Senator Asmak Husin memaklumkan wanita Malaysia yang berkahwin dengan kapten hoki India masih lagi beragama Islam.

“Alhamdulillah saya sudah dapat maklum balas Illi Najwa, sebenarnya Islam dan telah bernikah sebelum ke India untuk resepsi.

“Semoga ALLAH menjaga Illi Najwa, keluarganya dan keluarga kita juga. Oleh itu, bagi yang tersalah bicara dan turut mengecam pihak berkuasa dan kerajaan, mari bermaafan.”

Wanita itu didapati bernikah dengan lelaki tersebut di Malaysia sebelum pergi ke India untuk mengadakan majlis resepsi di sana.

Susulan isu yang timbul, Illi Najwa Anuar Hussin Saddique tampil memohon maaf susulan majlis resepsi perkahwinannya dengan kapten hoki India tersebut.

BACA: [VIDEO] Didakwa Tukar Agama Demi Cinta? Ini Tindakan Kerajaan Malaysia

Illi Najwa mohon maaf

Bahkan, Illi Najwa turut menzahirkan permohonan maaf kepada keluarganya yang diheret sama dalam isu itu.

Illi Najwa turut akui apa yang berlaku atas salah dan kejahilan dia dan suami.

Walau bagaimanapun, wanita yang berasal dari Johor itu mengesahkan suaminya sudah memeluk Islam sejak akhir tahun lalu dan mereka melangsungkan pernikahan pada 16 Disember lalu dalam majlis tertutup.

Illi turut memaklumkan bahawa sijil nikahnya akan diperoleh pada Rabu depan dan beliau tidak pernah pernah menukar nama atau agama seperti mana yang didakwa sesetengah pihak terutamanya warganet.

“Nama saya masih kekal Illi Najwa Anuar Hussin Saddique. Keluarga suami memanggil saya Navpreet sejak 2012 kerana sukar bagi mereka menyebut nama saya.”

Terdahulu, Illi Najwa memakai pakaian pengantin wanita Punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.

Dalam majlis itu, Illi Najwa dan suaminya kelihatan melakukan perbuatan yang mencetuskan pelbagai persoalan hingga status agamanya.

Mengulas mengenai video itu, Illi Najwa berkata, mereka tidak pernah meminta perkahwinannya di sana dirakamkan kerana tahu akan sensitiviti yang akan dihadapi mereka.

Namun, katanya, rakaman yang didedahkan oleh media itu di luar kawalan.

“Kami tidak mengatakan apa yang kami lakukan adalah betul tetapi kami tidak mempunyai pilihan dan Manpreet tidak pernah memberikan kenyataan sensitif dan ketika mendapat tahu tentang berita ini, dia meminta semuanya ditarik balik.”

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi yang pelbagai mengenai isu ini.