[VIDEO] Hanya Dapat Mengintai Celah Pintu Isteri Bersalin, Lelaki Ini Sebak Dengar Suara Zuriatnya

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pastinya mengimpikan kelahiran cahaya mata yang mampu menyerikan lagi keluarga kecil mereka.

Namun begitu, pengorbanan yang dilalui oleh ibu wajib diberi penghormatan yang tidak terhingga bermula dari disahkan mengandung sehingga selesai proses kelahiran bayi.

Proses kehamilan dan kelahiran pasti menjadi detik berharga bagi seorang isteri termasuk si suami yang melalui perasaan bercampur-baur ketika menanti kehadiran cahaya mata.

Seorang lelaki cemas memikirkan isteri dan anak sulungnya

Begitulah yang dilalui oleh seorang lelaki yang mengalami cemas dan gelisah apabila memikirkan keadaan isterinya setelah air ketuban pecah sebelum melahirkan bayi sulung mereka.

Menerusi satu video yang dimuat naik di aplikasi Tik Tok Indonesia, seorang pengguna bernama Vivia Nugroho berkongsi video berkenaan.

Gelisah memikirkan si isteri sedang berjuang lahirkan zuriat mereka

Video tersebut memaparkan adik lelakinya bermundar-mandir di luar bilik bersalin sambil menunggu si isteri yang sedang berjuang melahirkan zuriat tercinta.

“Adik aku yang menunggu isterinya bersalin. Benar-benar gelisah kerana ketuban sudah pecah dulu,” tulis Vivia yang membuka cerita.

Seorang kakitangan hospital datang untuk menenangkannya

Kelihatan adiknya tidak dapat duduk dengan tenang sambil mengintai dari luar bilik bersalin setiap masa.

Selepas itu kelihatan seorang kakitangan hospital cuba untuk menenangkan situasi berkenaan.

Tangisan bayi yang selamat dilahirkan undang sebak

Menurut Vivia, tidak lama selepas itu terdengar tangisan bayi yang telah selamat dilahirkan sekali gus membuatkan dia dan adiknya berasa sebak.

Video berdurasi satu minit tersebut tular di media sosial sehingga mencecah hampir lima juta tontonan selain ribuan komen warganet yang turut berasa tangisan kebahagiaan itu.

Tahniah kepada pasangan ini, semoga dengan kehadiran cahaya mata baru dapat menyerikan lagi rumahtangga pasangan ini.

Video si ayah sebak dengar tangisan bayi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media KL (@mediakl.my)