[VIDEO] “Allahu depan mata dia cur*ng,” Gadis Ini Pilu BF Dating Dengan Kawan Baik Sendiri

Setiap pasangan pastinya mengimpikan hubungan yang dibina melangkah ke jinjang pelamin satu hari nanti.

Namun, walau hebat mana perancangan kita sebagai manusia, Dia yang menentukan segalanya.

Tiada pasangan mahu hubungan mereka berentakan dan putus ditengah jalan. Kepercayaan yang dibina lebur dek kerana kehadiran orang ketiga.

Orang ketiga adalah kawan sendiri

Tambah memeritkan dan mengeruhkan keadaan apabila orang ketiga yang hadir dalam hubungan adalah kawan sendiri.

Sakitnya dicuranngi oleh insan tersayang masih belum terungkap tambahan pula sakit dikhianati kawan sendiri.

Bukan mudah melalui situasi getir ini. Begitulah yang dihadapi oleh gadis ini apabila berjaya membongkar sikap sebenar teman lelakinya.

Teman lelaki main kayu tiga dengan kawan sendiri

Menerusi perkongsian video di aplikasi Tik Tok, satu video memaparkan pertelingkahan yang berlaku antara mereka.

Hancur luluh hati gadis tersebut apabila mengetahui individu yang meruntuhkan hubungannya adalah rakannya sendiri.

Terpaksa menyaksikan perkara itu di depan mata, akhirnya segala pekung yang sudah lama disimpan rapi kini terbongkar jua.

Bersemuka dengan kedua-duanya 

Perasaan geram kerana dikhianati, gadis ini tekad mahu bersemuka dengan mereka berdua dan melepaskan kemarahan dengan apa yang terjadi.

Tiada kata-kata atau penjelasan yang keluar dari mulut teman lelaki. Lelaki tersebut hanya mampu memandang seolah mengakui kesilapan yang dilakukannya.

Syukur awak tahu sebelum dihalalkan

Video yang tular itu berdurasi kurang dari 20 saat itu telah meraih 60 ribu tontonan setakat ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata rata netizen turut memberikan semangat dan menitipkan doa supaya gadis ini diberikan kekuatan mengharungi ujian ini.

“Be strong sayang. kalau awk belum berkahwin dgn dia, syukur alhamdulillah nampak sebelum kahwin lagi. Allah sayang awak sis.”

“Pakai kopiah lak tu. positif jelah dia tengah baca quran tengah betul kan tajwid perempuan tu ..”


Mereka turut memberitahu gadis berkenaan beruntung kerana berjaya membongkar sikap teman lelakinya itu sebelum semuanya terlambat.

Video dikongsikan di Tiktok

“Allahu depan mata dia curanng. Apa lagi kurang saya? Semoga awak bahagia dengan pilihan awak yang baru & perempuan kawan sendiri terima kasih makan kawan sendiri..”

View this post on Instagram

 

A post shared by Media KL (@mediakl.my)